Beli 7 Hadiah Ini Untuk Gembirakan Hati Isteri!

KAUM perempuan diciptakan suka dimanjakan dan diberikan perhatian oleh insan tersayang, terutama sekali suami. Setelah penat menguruskan rumahtangga dan keperluan keluarga, isteri sememangnya patut diberikan penghargaan.

Pernah dengarkan pepatah orang putih, “Happy wife, happy life”?

Lihatlah betapa besar peranan isteri dalam kerukunan rumahtangga. Fuh!

Selain ungkapan kata-kata sayang dan panggilan manja, apa kata sekali-sekala zahirkan kasih sayang kepada isteri dengan menghadiahkan sesuatu kepadanya?

Tak perlu pening-pening fikir apa hadiah yang isteri anda akan hargai dan rasa disayangi, VVANITA.MY telah lakukan survey dan kami senaraikan 7 hadiah yang gerenti akan buat dia tersenyum lebar!:

1. Periuk Pressure Cooker

Periuk pressure cooker memang menjadi dambaan setiap para isteri. Kenapa? Sebab periuk canggih ni mempunyai teknologi tekanan udara panas yang memintaskan masa memasak. Bayangkan, masak telur rebus 1 minit je? Kalau masak rendang ayam pencen pun 30 minit siap.

Periuk Noxxa antara jenama yang popular di Malaysia. Walaupun harganya agak mahal dalam lingkungan RM700 lebih, tapi kami rasakan ianya berbaloi kerana isteri akan lebih rajin ke dapur memasak. Ia mempunyai pelbagai fungsi memasak seperti mengukus, menggoreng dan membakar, jadi sebenarnya lagi jimat sebab tak perlu beli perkakas dapur yang lain. Guna satu periuk dah boleh masak macam-macam!

2. Mesin Pengering Pakaian

Mesin basuh memang satu keperluan di setiap rumah, namun jarang sekali kita jumpa orang yang mempunyai mesin pengering baju sendiri. Kadang-kadang kita tak tahu betapa ‘tension’nya isteri selepas penat cuci dan jemur kain, tiba-tiba hujan dan jemuran pula basah serta perlu dibasuh semula kerana takut pakaian berbauk hapak.

Oleh itu, hadiahkan isteri anda mesin pengering ni sebagai tanda anda peka terhadap kepayahan yang dihadapinya dalam menguruskan ‘dobi keluarga’.

3. Jambangan Mekap

Haa, yang ini sesuai untuk isteri yang suka bermekap!

Walaupun kosnya boleh tahan juga lah (kami dengar ada yang sampai beribu), tapi sekali-sekala berbelanja lebih untuk isteri tak salah kan. Belilah alat solek yang paling berkualiti seperti Stila, Too Faced, Tarte dan Urban Decay yang boleh didapati di Sephora, kami pasti isteri mesti sayang anda lebih lepas ni.

4. Pakej spa dan penjagaan tubuh

Bila tubuh terlalu penat bekerja, kita akan mula rasa bosan dan mahu lari dari semua rutin kesibukan. Ketika itu hanya satu aktiviti yang mahu dilakukan iaitu berehat. Bayangkan betapa penatnya isteri anda yang bukan sahaja perlu menguruskan kerjayanya, malah keluarga dan suami juga.

Jika mahu bawa isteri rawat tubuh dan berehat, ada baiknya bawa isteri anda melepaskan stress di spa atau pusat kecantikan. Isteri anda bukan saja akan nampak lebih ‘segar’, malah pasti tak selalu moody kerana sering dibelai di spa.

5. Gelang Pandora

Jenama Pandora sememangnya sangat terkenal pada masa kini. Apa yang signifikan dengan jenama ini juga ialah keunikan rekaan serta charms atau loket kecil yang boleh dipilih dan membawa makna tertentu.

Contohnya, jika isteri mahu mengabadikan hari perkahwinan korang, mungkin dia akan pilih charm berbentuk love misalnya. Harga sebentuk loket kecil itu berbeza, bermula daripada RM126 – RM917 setiap satu; agak mahal tapi isteri anda mesti tersenyum lebar berhari-hari kalau dapat gelang ni!

6. Seterika Wap (Steam Iron)

Tiada apa yang lebih membahagiakan daripada menerima hadiah yang menyenangkan urusan kerja rumah isteri. Seterika wap ini bukan sahaja mudah digunakan, malah memendekkan masa melakukan kerja-kerja seterika baju anda anak-beranak. Bila isteri enjoy gosok baju, suami juga untung kerana dapat berpakaian kemas setiap hari ke pejabat!

Antara jenama terkenal untuk steam iron ini adalah Tefal, Khind, Cornell dan Phillips dan berharga antara RM129.90 ke RM250.

7. Handbag

Wanita memang sukakan beg tangan, lagi-lagi yang bersaiz sederhana besar kerana mereka gemar campak segala jenis barangan di dalamnya seperti dompet, beg mekap, minyak wangi kunci dan penyegar nafas.

Tas tangan juga menjadi aksesori pelengkap kepada apa jua padanan gaya pemakaian.

Jadi, belikanlah isteri beg tangan yang berkualiti tinggi dan mempunyai reka bentuk yang cantik.

Antara jenama yang menjadi pilihan kebanyakan kaum wanita kerana rekaan yang menarik serta harga berpatutan adalah Micheal Kors, Guess, Kate Spade dan juga Coach.

Kalau tak mampu beli yang mahal-mahal pun, belikanlah yang berkualiti dan kena pada citarasa isteri, dia mesti akan gembira tidak kepalang apabila menerima kejutan hadiah kamu nanti!-VVANITA.MY

Loading...