Awas Wanita, Ambil Tahu Tanda-Tanda Amaran BARAH

BARAH terjadi hasil daripada pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, limfa dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya kerana ia boleh membunuh mangsanya.

Barah  merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.

Terdapat banyak jenis barah. Faktor-faktor risiko, tanda-tanda amaran dan rawatan berbeza berdasarkan kepada jenis barah. Pada wanita, barah lebih mudah muncul di bahagian paru-paru, payudara, kolon, kulit, ovari, uterus dan vagina.

Tanda-tanda

Perubahan tertentu pada tubuh boleh menjadi tanda-tanda barah, termasuklah:

  • Perubahan dalam tabiat usus dan pundi.
  • Luka yang tidak sembuh.
  • Pendarahan atau cairan yang luar biasa.
  • Penebalan atau benjolan pada payudara atau bahagian lain.
  • Kesukaran menghadam atau menelan.
  • Perubahan dalam najis.
  • Batuk dan suara serak yang teruk dan berpanjangan.

Kesemua jenis barah lebih mudah dirawat jika ianya dapat dikesan pada peringkat awal, ketika ia tidak lagi merebak ke bahagian lain tubuh. Kebanyakannya mempunyai tanda-tanda amaran yang menunjukkan sesuatu yang tidak normal sedang berlaku kepada tubuh badan.

Pengesanan

Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan juga lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada penyakit barah ada kalanya menjadi punca kita melengahkan masa untuk untuk mendapatkan kepastian.

Barah boleh dikesan dengan cara:

  • Sinar X dan imbasan.
  • Biopsi atau mengambil tisu badan untuk diuji.
  • Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim.
  • Pemeriksaan tubuh terutamanya kelenjar-kelenjar limfa.
  • Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang.
  • Isotop: iaitu bahan radioaktif dimasukkan kedalam badan dan akan dikesan melalui sinar X.
  • Termografi: iaitu mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah mempunyai suhu yang lebih tinggi berbanding suhu sel normal.

Perhatikan gejala ini

  1. Sakit pelvikSakit pelvic dicirikan melalui kesakitan atau tekanan di bawah pusat. Ia berterusan dan tidak terhad kepada sindrom pra haid. Sakit pelvik dikaitkan dengan barah ovari, barah servik, barah tiub falopio dan barah vagina.
  2. Pembengkakan & kembung abdominalPembengkakan abdominal adalah salah satu daripada gejala-gejala biasa barah ovari. Ia juga merupakan gejala yang selalu tidak dihiraukan. Rasa kembung boleh menjadi teruk sehingga kegagalan anda membutangkan seluar atau terpaksa menukar ke saiz yang lebih besar.
  3. Pendarahan vagina yang tidak normalPendarahan vagina yang tidak normal merupakan gejala biasa yang dialami wanita apabila mereka mengalami baran ginekologi. Pendarah haid yang banyak dan pendarahan semasa dan selepas melakukan hubungan seksual merupakan tanda-tanda pendarahan yang tidak normal. Ia juga berkait rapat dengan barah servik, barah rahim dan barah ovari.
  4.  Demam berterusanDemam yang tidak sembuh atau belanjutan lebih daripada 7 hari, perlulah diberi perhatian. Demam yang tidak kebah menunjukkan gejala barah, termasuklah tanda-tanda awal kepada semua jenis barah.
  5. Rasa sakit perus & perubahan pada usus yang berterusanJika anda mengalami sembelit, cirit-birit, darah daam najis, angin, najis cair atau perubahan keseluruhan dalam sistem usus anda dalam tempoh yang panjang, segeralah bertemu dengan doktor. Ia merupakan gejala-gejala barah ginekologi dan barah kolon.
  6. Penurunan berat badan yang tidak dirancang

    Kehilangan berat badan sebanyak 5kg atau lebih tanpa melakukan sebarang usaha bukanlah perkara yang normal. Oleh itu ia perlu segera dilaporkan kepada doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
  7. Keabnormalan pada vaginaKeabnormalan padal vagina seperti luka, lepuhan, perubahan pada warna kulit dan keluarnya cecair perlu diberi perhatian dan wanita perlu memeriksan vagina dengan kerap bagi mengesan sebarang keabormalan.
  8. Perubahan pada payudaraSemasa memeriksa payudara, wanita perlu melihat pada benjolan, luka, cairan yang keluar dari puting, kemerahan atau pembengkakan di sekitar kawasan payudara. Ia merupakan gejala barah payudara.
  9. KelesuanKelesuan adalah salah satu perkara biasa yang dialami menunjukkan gejala-gejala barah. Ia biasa berlaku apabila sel barah telah berkembang tetapi masih lagi pada peringkat awal. Sebarang kelesuan yang menghalang anda untuk melakukan aktiviti normal perlulah dirujuk kepada doktor.

-VVANITA.MY

Loading...