Apa Berlaku Di Peringkat Terakhir Remaja / Awal Dewasa?

Pembesaran manusia adalah satu proses sepanjang hayat berkaitan dengan pertumbuhan fizikal, tingkah laku, dan perubahan emosi.

Banyak perubahan berlaku dalam setiap peringkat hidup – dari bayi ke kanak-kanak, kanak -kanak ke remaja, dan akhirnya dewasa. Sepanjang proses ini, setiap orang membangunkan sikap dan nilai-nilai yang berkait rapat dengan pilihan, hubungan dan masyarakat.

puberty-growth

Pada peringkat akhir remaja atau awal dewasa, ia merupakan satu tempoh di mana akan ada perubahan yang merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seperti rumah, keluarga, kerja dan sekolah. Dalam tempoh ini, perubahan fizikal badan dan seksual adalah hampir lengkap tetapi ia masih merupakan tempoh penyesuaian kepada fizikal baru mereka.

Malah, mereka perlu menyesuaikan diri dengan badan yang lebih matang dan perasaan seksual. Mereka perlu menyesuaikan diri dan membangunkan rasa identiti seksual termasuk menggabungkan rasa peribadi kelelakian dan kewanitaan menjadi identiti mereka yang tersendiri.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir. Akan ada perubahan dalam kapasiti mereka untuk berfikir. Mereka mampu untuk memahami, berfikir jauh ke hadapan, berfikir tentang kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup mereka.

Apabila mereka dapat mempertimbangkan pandangan yang berbeza, ini membolehkan mereka untuk berasa empati dan mula menunjukkan keprihatinan kepada orang lain.

Image result for remaja

Remaja mula untuk memupuk rasa jati diri sebagai individu dan melebarkan skop pergaulan mereka. Keremajaan yang lewat seharusnya mempunyai identiti yang lebih kukuh, walaupun mereka masih melalui prosesnya. Mereka akan mula memperbaiki identiti mereka di sekitar isu-isu seperti jantina, etnik atau sifat-sifat fizikal.

Pada masa ini, mereka dapat memahami tingkah laku moral dan prinsip-prinsip asas keadilan. Oleh itu, mereka akan dapat membuat pendirian mereka, kurang dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka apabila membuat keputusan.

Hubungan rakan sebaya dapat memberikan sokongan dan motivasi kepada remaja. Apabila rangkaian mereka dengan rakan sebaya bertambah luas, hubungan ini menjadi lebih mendalam, sekali gus membantu mereka dalam membentuk interaksi mereka.

Kemudian, mereka secara beransur-ansur akan mengambil peranan sebagai orang dewasa dalam komuniti. Dari peranan ini, mereka belajar kemahiran yang diperlukan, dan dalam masa yang sama, menguruskan pelbagai tuntutan dan memenuhi jangkaan. Pada fasa inilah mereka bakal membuat keputusan yang paling penting dalam menentukan perjalanan mereka di masa depan. -VVANITA.MY

Loading...