8 Hadiah Yang Isteri Suka Pada Hari Anniversary. Kongsikan Dekat Suami

Hari ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang akan memeningkan kepala para suami kerana perlu memikirkan hadiah untuk diberikan kepada isteri.

Kesibukan di pejabat sering kali menjadi punca para suami terlupa dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan hadiah apa nak dibeli.

Jangan runsing, VVANITA senaraikan 8 idea hadiah yang boleh menjadi rujukan para suami:

#1. Barangan couple

Barangan couple bibasanya sangat disukai wanita kerana wanita akan merasakan hubungannya dengan suami menjadi semakin dekat. Contohnya, jam tangan couple.

#2. Candle Light Dinner

Makan malam romantis, di tempat yang istimewa ditemani lagu yang menjadi kenangan percintaan juga merupakan hadiah yang akan disukai para isteri. Mereka pasti akan kata “Abang ni sweet sesangat!”

#3. Sejambak bunga dengan kad ucapan sweet-sweet

Walaupun memberikan bunga kepada wanita sudah menjadi kebiasaan, tetapi hadiah bunga dengan kad ucapan yang diberikan semasa hari ulang tahun mampu membuat hati si isteri berbunga-bunga. Isteri pasti tersenyum lebar. Kalau sibuk sekalipun, guna sahaja khidmat Surprise Delivery atau Surpise Planner yang sedang popular sekarang.

#4. Rakaman Video Romantis

Buatlah video anda sendiri yang merakamkan kata-kata manis sempena ulang tahun yang dapat menyentuh hati isteri. Kalau suara tu merdu macam Aiman Tino, nyanyikanlah lagu yang boleh menyingkap nostalgia masa bercinta. Luahkan juga perasaan anda tentang betapa beruntungnya anda memiliki isteri seperti dia.

#5. Tiket Percutian

Hadiah tiket percutian ke tempat yang diidamkan isteri selama ini dijamin merupakan hadiah yang paling disukai. Bukan isteri sahaja yang gembira, suami juga lebih bahagia kerana berpeluang berbulan madu sekali lagi.

#6. Hadiah Idaman

Berikan hadiah yang berkait rapat dengan hobi isteri. Pasti isteri akan berasa gembira dan terharu. Kalau isteri minat menjahit, belikanlah mesin jahit yang baru dan canggih. Dialog-dialog macam ni pasti keluar; “Wah! Saya ingat abang tak tahu saya suka menjahit”. Kalau isteri anda suka menghias rumah, belikan sahaja rumah baru, boleh?

#7. Kompilasi Gambar Berdua

Printkan gambar-gambar anda berdua yang romantis dan penuh kenangan kemudian susunkan gambar-gambar tersebut dalam sebuah bingkai dan selitkan juga kata-kata manis bagi menghargai isteri anda. Confirm isteri cair!

#8. Surprise party

Jika anda memiliki bajet yang lebih, anda boleh mengadakan sebuah party kejutan untuk isteri bersama keluarga dan rakan-kakan anda berdua. Si isteri pasti merasa bahagia kerana dapat menyambut hari bahagia bersama insan-insan yang disayangi.

-VVANITA.MY

Loading...