7 Produk Kecantikan Murah Tapi Ohsem Yang Paling Digemari Netizen

USIA remaja merupakan fasa di mana kita sedang membesar dan mencari jati diri. Biasanya ketika remaja, kebanyakan daripada kita akan mulai merawat diri baik dari segi tubuh, kulit, dan rambut.

Hal inilah yang menyebabkan banyak remaja mulai mencuba pelbagai produk kecantikan seperti pelembab, pencuci wajah, masker wajah dan lain-lain.

Namun, adakalanya produk yang dipakai untuk kulit remaja ternayata masih efektif pula setelah kita menginjak dewasa.

VVANITA.MY menemubual beberapa orang netizen wanita yang masih berpegang teguh kepada produk kecantikan yang mereka gunakan daripada zaman persekolahan hinggalah sekarang:

#1. Krim Pelembap Siang SPF20 PA ++ – SAFI BALQIS White Trilogy

Harga: 45 g – RM18.50 (SM) / RM19.30 (S/S)

Mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV.Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.

#2. Pencuci Wajah Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Harga: 125ml RM60.50/SS RM61.30

Formulasi tanpa buihnya bukan sahaja menjimatkan, malah tidak mengeringkan kulit dan amat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.

#3. Pembersih Wajah Purifying Neem Face Wash

Harga: 150ml SM RM31.70/SS RM32.50

Tidak seperti sabun pencuci muka biasa, pembersih wajah gel ini tidak menjadikan kulit anda kering dan rasa tegang. Ekstrak herba neem juga mempunyai kandungan antibakteria semulajadi yang boleh membantu melawan masalah wajah.

#4. Bedak Kompak Silky Girl Pure Smooth

Harga: 10g SM RM10.40/SS RM 11.20

Takstur ringannya menjadikan warna kulit tampak sekata, tidak kelihatan terlalu tebal dan juga menyerap lebihan minyak pada kulit wajah.

#5. Pelembap Bibir Chapstick Moisturizer Original

Harga: 4g SM RM8.90/SS RM 9.70

Antara 11 kandungan pelembapnya adalah ekstrak lidah buaya dan Vitamin E yang berkesan melembapkan serta melindungi bibir. Selain itu, kandungan SPF12 produk ini melindungi bibir daripada sinaran UV.

#6. Penggaris Mata Silky Girl Perfect Stay 20HR

Harga: 15g SM RM16.80/SS RM17.60

Penggaris mata yang diperbuat daripada resin silikon ini tidak mudah tertanggal malah masih kekal cantik selama 20 jam. Warna hitam penggaris mata ini juga pekat dan bertekstur mewah, serta amat mudah dioleskan pada kelopak mata.

#7. Krim BB Natural Cream Maybelline

Harga: 18ml SM RM21.o5/SS RM21.90

Krim BB ini mempunyai kegunaan 8 dalam 1 yang lengkap untuk kegunaan harian. Ianya bukan sahaja mencerahkan wajah, malah menjadikan rona kulit muka sekata, melicinkan, mengecilkan lubang pori dan menutup cela selain daripada melembap dan mempunyai perlindungan SPF 26.

-VVANITA.MY