7 Perkara Penumpang Flight Perlu Tahu, Info Dari Bekas Pramugari

MELANCONG ke sesebuah destinasi dengan menaiki kapal terbang merupakan sesuatu yang menerujakan, namun walaupun mahu berseronok itu tak bermakna anda boleh ‘all out’ dan tidak beradab semasa di dalam penerbangan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu penumpang tahu, menurut Zarina Daud,29, seorang pramugari MAB yang telah beberapa tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan yang diiktiraf sebagai salah satu terbaik di dunia itu:

1. Tak semua penumpang pergi melancong

“Ada penumpang yang bukan menaiki kapal terbang untuk melancong, tetapi kerana perlu menghadiri business meeting yang penting atau pun kerana tragedi keluarga seperti kematian atau perceraian.

“Saya dah banyak lihat penumpang yang kurang ceria atau menangis sepanjang penerbangan tanpa mengira keadaan sekeliling mereka. Jadi, hormatilah penumpang lain walaupun anda nak pergi bercuti sekalipun. Tak perlu bising-bising, ‘gamatkan’ suasana.”

2. Krew kabin bukan pelayan peribadi

Tugas utama mereka adalah memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.

“Tugas pramugari bukanlah sekadar memberi penumpang makanan dan minuman sahaja. Itu cuma sebahagian daripada tugas kami. Namun apa yang ramai tidak tahu adalah, para krew kabin telah menghabiskan berbulan-bulan lamanya untuk mempelajari langkah-langkah keselamatan dan juga undang-undang penerbangan bagi memastikan penumpang selamat dan selesa sepanjang penerbangan.”

Psst…Ini pun menarik!: Gambar Pramugari Gendong Warga Emas Jadi Viral

3. Tempoh paling kritikal adalah pelepasan dan pendaratan

Jika anda tiba-tiba rasa tidak sedap hati, ketakutan itu sebenarnya berasas. Oleh itu, ambil perhatian semasa krew kabin sedang memberikan demonstrasi keselamatan di atas kapal dan jangan ralit sahaja tengok handphone!

4. Peraturan yang dibacakan semasa penerbangan ditetapkan oleh kerajaan persekutuan

Jadi kuburkan saja angan-angan nak ingkar peraturan tu,ya! Sebenarnya melawan arahan krew kabin adalah satu kesalahan undang-undang yang boleh didenda malah dipenjarakan.

“Apabila kami kata ‘duduk’, penumpang perlu ikut saja arahan itu. Sama seperti penggunaan telefon bimbit di dalam kapal terbang.

“Bukan kami yang tetapkan peraturan ini, tetapi tuga kami adalah untuk mempertahankan undang-undang yang ditetapkan demi kelancaran penerbangan.”

5. Penumpang boleh minta tin minuman yang dituang dalam cawan

“Satu-satunya sebab mengapa kami menuang air ke dalam cawan adalah untuk menunjukkan perkhidmatan yang baik kepada penumpang.

“Lagipun kebanyakan penumpang lebih suka jika air minuman mereka dituang ke dalam cawan. Tapi anda boleh minta keseluruhan tin minuman tu jika anda mahu.”

Psst…Ini pun menarik!: Pramugari Diajar Latihan Ala Tentera

6. Jangan naik kapal terbang ketika hidung tersumbat

Hidung tersumbat bukan sahaja menyakitkan, malah boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada gegendang telinga.

“Oleh itu kami sarankan penumpang gunakan plag telinga untuk mengelakkan daripada gangguan pendengaran apabila tekanan udara berubah. taau vuba ambil ubatan seperti Mucinex atau semburan nasal yang akan mencairkan hingus dan mengurangkan kesakitan.”

7. Amaran kepada penumpang berkaki ayam!

“Tak geli ke berkaki ayam dalam flight? Jika pakai stokin sekalipun, lantai kapal masih kurang bersih. Itu belum termasuk penumpang yang masuk ke dalam bilik air kapal terbang tanpa memakai kasut.

“Lantai bilik air tu adakalanya ‘dicemari’ air kencing penumpang lain, tau? Jadi pakailah kasut,” terang Zarina.-VVANITA.my