7 Pengajaran Penting Yang Dipelajari Daripada Pekerjaan Pertama

MENYERTAI tenaga kerja sesebuah organisasi buat pertama kali mungkin memberi lebih banyak pengajaran kepada diri kita daripada pengalaman lain. Majoriti daripada kita mula bekerja pada usia yang agak muda, dan kesedaran bahawa kita perlu mematuhi arahan orang lain selain diri sendiri merupakan sesuatu yang amat sukar dihadapi.

Namun, pekerjaan pertama kita, tidak kira betapa tingginya tekanan yang perlu dihadapi, akan menjadi pengajaran hidup paling berharga buat kita.

Pengalaman itu tidak mungkin boleh didapati di mana-mana dan pada satu tahap, mungkin boleh membentuk diri kita di dalam dunia profesional. Oleh itu, VVANITA.MY akan berkongsi 7 pengajaran penting anda pelajari semasa kerjaya pertama:

1. Penjagaan hubungan dengan masyarakat tuntutan 90% situasi di pejabat

Baki 10% lagi merangkumi keupayaan yang kita pelajari semasa di institusi pendidikan tinggi ataupun didapati sepanjang perjalanan hidup. Masalahnya, kita hidup bermasyarakat dan perlu menghadapi pelbagai ragam manusia setiap hari.

Mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi secara efektif, selain daripada menjadi seorang yang mudah didekati, akan menjadi satu perkara yang sukar dilaksanakan di dalam pekerjaan. Namun, kita perlulah bijak menghadapinya kerana kebolehan berinteraksi sesama manusia akan menguntungkan dalam jangka masa panjang.

2. Sentiasa dua langkah ke hadapan

Dalam kerjaya, kita perlu sentiasa berfikiran jauh dan cekap merancang langkah seterusnya.

Dalam pekerjaan pertama, kita telah melatih diri untuk bersedia menghadapi situasi yang tidak dapat dijangka, seperti menunggu respon pelanggan atau permintaan yang dibuat oleh majikan. Sikap sentiasa melakukan inisiatif untuk melaksanakan tugas yang diberi akan menjadi salah satu ciri keistimewaan yang akan memudahkan anda di tempat kerja baru selepas ini.

3. Jangan terlalu takut untuk membuat kesilapan

Tidak dinafikan, kita semua perlu bekajar daripada kesilapan. Semasa melaksanakan tugas, mungkin sekali-sekala kita akan melakukan kesilapan. Cabaran inilah yang menjadikan kita lebih matang dalam menangani masalah yang timbul di dalam pekerjaan.

Sebenarnya, belajar merupakan satu proses sepanjang kehidupan. Oleh itu, usahlah terlalu ‘takut’ untuk membuat kesilapan kerana pengalaman itu ah yang akan menjadikan kita lebih efisyen dan cekap melaksanakan tugas.

4.Biasakan diri dengan ‘kebosanan’

Tidak dinafikan, kebanyakan pekerjaan sememangnya lama-kelamaan akan jadi membosankan oleh kerana tugas yang dilakukan berulang-ulang dan sama sahaja setiap hari.

Bagaimanapun, belajar daripada kehidupan yang boleh dijangka juga merupakan sesuatu yang berharga kerana kita akan tahu bagaimana untuk mengvariasikan perlaksanaan tugas dan menyuntik kelainan pada rutin harian kita.

5. Kita akan terpaksa bekerja dengan orang-orang yang kurang disenangi

Ini merupakan poin terpenting dalam pengalaman pekerjaan pertama. Kita mungkin mengharapkan rakan sekerja yang mempunyai pemikiran dan nilai-nilai yang sama dengan kita, namun realiti adalah sebaliknya. Apa yang penting adalah sentiasa berfikiran positif dan berbaik sangka serta belajar untuk mengalah bila perlu. Bukan apa, bermasam muka dengan rakan sekerja adalah sangat tidak profesional, okay!

6. Menerima realiti semua pekerjaan mempunyai risiko

Diambil bekerja merupakan satu kejayaan besar untuk kebanyakan daripada kita. Setelah menyambung pelajaran selama bertahun-tahun lamanya, diterima masuk untuk bekerja merupakan satu pengalaman manis yang tidak mungkin dapat dilupai.

Melainkan kita mempunyai hak di dalam syarikat itu, pekerjaan kita bukanlah terjamin seumur hidup, begitu juga dengan kestabilan kewangan kita. Jadi belajar untuk bersyukur dengan apa yang dikecapi hari ini dan jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan.

7. Diambil bekerja hanyalah permulaan

Diterima dalam sesebuah organisasi tidak menjanjikan kita akan cekap melakukan tugas yang diberi secara automatik. Apabila tiba di tempat baru, ambil masa dan usaha untuk membiasakan diri dengan persekitaran syarikat tersebut. Oleh itu, carilah kekuatan anda di tempat kerja dan jenis keupayaan yang kita miliki untuk menjadi diri kita satu aset yang berharga dalam syarikat.-VVANITA.MY

Loading...