7 Benda Ini Biasa Tersimpan Dalam Kereta Orang Perempuan

Kereta seorang perempuan menyimpan 1001 khazanah yang adakalanya tidak terfikir dek akal. Mereka yang menyimpan harta bendanya di dalam kereta biasanya 2 jenis kategori: (1) yang kemas dan teratur, dan (2) yang tak ambil pusing jika kereta seperti tong sampah bergerak.

Jadi, anda mesti tertanya-tanya, benda apa yang biasanya wajib ada di dalam kereta orang perempuan? Di sini kami senaraikan 7 benda yang mesti ada dalam kereta mereka:

1.Kasut

Bawah kerusi, di dalam bonet belakang, di atas tempat duduk; perempuan memang suka simpan kasut dalam kereta. Bukan satu jenis kasut pula tu, biasanya lengkap untuk semua acara. Kasut tumit tinggi untuk majlis makan malam, kasut sukan dan juga sandal tapak rendah jika mahu lebih selesa atau berjalan banyak (untuk marathon shopping) hari itu.

2. Pin Tudung

Ini khusus untuk hijabista yang sanggup bersiap di dalam kereta kerana mahu tudung kelihatan kemas 24 jam. Selalunya, pin tudung itu ditinggallan di dalam cup holder, di dalam kotak penyimpan duit syiling atau di mana-mana tempat yang sempat. Tapi dalam banyak-banyak pin yang disimpan, mesti akhirnya satu sahaja yang tinggal.

3. Losyen Tangan

Duduk seharian di kereta yang berhawa dingin akan menyebabkan kulit mudah kering. Jika berada di luar pula, kulit akan terdedah dengan pancaran cahaya matahari pula. Langkah selamat adalah dengan membawa losyen yang kaya vitamin E dan memadai jika anda membawa losyen saiz kecil.

4. Stok Makanan

 

Jangan salah faham, gambar ini sekadar ilustrasi sahaja. Dalam kereta mesti simpan sedikit stok makanan dan snek yang tahan lama seperti kerepek dan kekacang untuk dibuat mengunyah semasa bosan atau tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas.

5. Payung

Payung sangat berguna jika parking kenderaan di kawasan yang jauh tanpa bumbung. Selain berguna untuk hujan, payung boleh dijadikan senjata untuk elak perkara yang tidak diingini. Boleh buat senjata untuk libas penjahat yang berani datang dekat!

6. Baju / Tudung (spare)

Item pakaian yang akan sentiasa mempunyai ‘kemunculan istimewa’ di dalam kereta orang perempuan semestinya baju kurung, baju sukan, baju sejuk dan blazer yang biasanya berguna tatkala menerima arahan mengejut daripada bos yang perlu berurusan dengan orang-orang penting sesebuah organisasi. Dalam kereta banyak betul tergantung pakaian, dah macam kedai bergerak.

7. Steering lock

Masih ingat kisah Kiki dan steering lock yang meletup beberapa tahun lepas? Pengunci stering kereta bukan sahaja berguna untuk menghalang pencuri daripada melarikan kereta anda, tetapi juga boleh digunakan sebagai senjata untuk menghayun penjahat! Paling syok sekali kalau steering lock tu berbentuk seperti kayu besbol, sekali hayun confirm pencuri serik tak rapat-rapat dah. –VVANITA.MY