7 Amalan Kesihatan Paling Pelik Dan Luar Biasa

Makan makanan berkhasiat, tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari dan bersenam 30 minit sehari: ini mungkin amalan kesihatan paling biasa didengari.

Namun, tahukah anda terdapat tips yang lebih pelik dan mengejutkan dalam pengurusan hidup anda?

1. Kafein mudahkan tidur

Biasanya kopi diminum untuk menghilangkan mengantuk, namun sebenarnya tidur sebentar selepas minum secawan kopi semalam mampu memberikan anda tidur yag lebih nyenyak.

Sebenarnya, kesan kafein bukanlah datang serta-merta. Tidur sebentar selama 15-20 minit sejurus mengambil kafein dan anda akan berasa lebih bertenaga selepas bangun tidur, berbanding jika hanya minum kopi sahaja, menurut satu kajian UK.

2. Flos sebelum gosok gigi

Flos gigi membantu untuk mengeluarkan plak dan kotoran yang tersangkut di celah gigi.

Untuk pembersihan yang paling baik, cuba flos sebelum memberus gigi untuk membersihkan celahan gigi dengan lebih efektif.

3. Jangan berus gigi selepas makan

Masih dalam topik gigi, jangan tergesa-gesa menggosok gigi selepas makan.

Sesetengah makanan,terutama sekali makanan berasid, boleh menghakis enamel gigi dan memberus gigi hanya akan mempercepatkan proses tersebut.

Cuba fikirkan,anda tidak mahu menggsokkan asid pada gigi anda semasa sedang membersihkannya. Tunggu 30 minit gingga 1 jam senbelum memberus gigi.

4. Kurangkan penggunaan sabun antibakteria 

Mungkin anda akan rasa lega apabila mengetahui sabun kegemaran anda boleh membunuh 99.99% kuman, tapi sabun antibakteria mungkin sama sahaja seperti sabun biasa.

Menurut US Food & Drug Administration (FDA), sabun antibakteria selalunya mempunyai  kandungan kimia merbahaya seperti triclosan yang akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon apabila digunakan untuk satu tempoh tertentu.

Sebaliknya, basuh tangan menggunakan sabun biasa dan air kerana ini adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit.

5. Tidak bercakap benar akan buatkan mudah dijangkiti penyakit

Rupanya menipu tidak bagus untuk kesihatan anda!

Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Notre Dame menemui bahawa responden yang kurang menipu secara konsisten selama 10 minggu berturut-turut mencatatkan kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik.

Responden yang jujur kurang pening kepala dan sakit tekak dan kurang perasaan sedih atau tertekan– kemungkinan besar kerana kurang rasa stres atau bersalah.

6. Sentiasa tutup penutup tandas semasa flush

Melainkan anda suka menikmati udara yang dicemari zarah kuman dan najis, rajin-rajinlah tutup penutup tandas ketika mengepam.

Tekanan yang dihasilkan semasa proses pengepaman mampu merembeskan zarah najis ke udara dan titisan-titisan air kecil ini akan mengotori lantai tandas, sinki dan…. berus gigi anda.

7. Dapatkan haiwan peliharaan

Haiwan peliharaan mungkin menjadi kunci kesihatan jantung yang lebih baik.

Memelihara kucing dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit kardiovaskular, kemungkinan kerana membela haiwan itu mendatangkan ketenangan. Membelai bulu kucing mampu mengurangkan tahap tekanan dan peningkatan tahap kegembiraan.-VVANITA.MY

Loading...