6 Rahsia Hubungan Perkahwinan Kekal Bahagia

Memiliki hubungan cinta yang bahagia bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika sudah mendirikan rumah tangga.

Kadang-kala suami dan isteri akan dilanda masalah dan mula berasa bosan selepas mendirikan rumah tangga. Ego juga merupakan punca utama keretakan rumah tangga dimana kedua-duanya tidak mahu mengalah jika berdepan dengan konflik.

Sebenarnya, apakah rahsia untuk hubungan perkahwinan itu bahagia dan kekal selamanya?

Ini merupakan 6 rahsia paling jujur tentang bagaimana memelihara perhubungan anda agar perkahwinan yang dibina bahagia selamanya.

1) Jadilah kawan baik dan teman sejiwa yang sejati.

Image result for couple
Selain hubungan intim, sukailah semua perkara-perkara kecil tentang dirinya. Hormati hobi dan minat serta libatkan diri dalam acara kegemaran pasangan anda apabila berpeluang. Kalau suami suka main game, apa salahnya isteri juga join the club kan? Jika isterinya pula suka memasak, si suami bolehlah menjadi pembantu chef di dapur!

2) Usah menyimpan hati apabila timbul cita rasa yang berbeza.

Image result for couple fighting
Terima sahaja pilihan warna kusyen kesukaannya atau sofa lusuh yang menjadi tempat berehat sambil menonton televisyen. Tolak ansur itu penting. Layankan sahaja apa yang diingini oleh pasangan anda selama mana ia masih memberikan kebaikan kepada anda berdua.

3) Jangan berselisih pendapat tentang wang.

Image result for money fighting
Apabila situasi kewangan merosot, sama-samalah berjimat tanpa menyalahkan sesiapa. Tenang sahaja dan jalani kehidupan seadanya. Susah bersama, senang bersama. Jangan menyalahkan satu sama lain.

4) Dalam sebuah kitab lama tentang perkahwinan pernah tertulis,“Always treat your life partner as an honored guest in your home”.

Image result for husband foot massage
Oleh itu, layanilah pasangan anda seperti tetamu kehormat di rumah sendiri. Siapkan makan minumnya, urut kakinya yang letih malah anda boleh membantu mengetip kuku suami jika perlu. Suami juga boleh membantu isteri dalam hal-hal menguruskan rumah seperti lipat baju, sapu sampah dan lain-lain. Lebih molek jika suami pula yang tolong urutkan kepala isteri.

5) Duduk di sisi pasangan anda setiap malam.

Image result for couple sitting on couch tumblr
Dengan cara ini adalah mustahil untuk anda berdua tidak bersentuhan secara fizikal, bukan? Jadi, sentuhan itu akan membantu anda menyelesaikan segala masalah yang berlaku dan hubungan anda juga akan kekal bahagia.

6) Tiba saat diuji, usah terus melatah dan menyalahkan hubungan.

Image result for couple fighting
Letakkan perkahwinan anda di tempat paling utama, berfikir secara terbuka dan bersedia untuk berubah jika perlu. Kebanyakan pasangan yang gagal biasanya disebabkan oleh salah seorang daripada mereka enggan untuk berfikir secara common sense dan bersikap keras kepala. -VVANITA.MY

Loading...