5 Tips Rambut Sihat & Lebat Secara Semulajadi

Rambut adalah mahkota wanita, ia perlu diberi penjagaan rapi. Bagi mereka yang berbajet besar, bolehlah membuat rawatan eksklusif di salun kecantikan. Namun, tak semua wanita diluar sana mampu untuk berbelanja besar bagi merawat rambut mereka.

Oleh itu, VVANITA.MY menyediakan petua-petua yang akan menjadikan rambut sihat dan bersinar menggunakan kombinasi kebaikan alam semulajadi. Jom cuba!

1. Kacang Hijau

Kacang hijau mempunyai banyak khasiat seperti vitamin B1 dan protein untuk menyejukkan kulit kepala dan merawat masalah kulit kepala kering.

Caranya mudah saja, rendam kacang hijau semalaman. Kemudian tapis, ambil airnya dan sapukan air kacang hijau itu pada eselurujan rambut dan kulit kepala. Amalkan setiap hari dan rambut yang selalu gugur akan kembali sihat dan kuat.

2. Daun Bunga Raya

Jika anda mahu miliki rambut hitam menawan, gunakan daun bunga raya. Kandungan asid amino,vitamin C dan asid alpha hydroxy (AHA) daun bunga ini menjadikan rambut halus dan cantik.

Campurkan daun bunga raya bersama sedikit air, kemudian ramas sehingga daun mengeluarkan lendir. Sapukan lendir itu pada rambut dan kulit kepala. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang cepat.

3. Buah Nanas

Kandungan antioksidan dan vitamin C yang tinggi dalam buah nanas dapat membantu untuk mengatasi masalah kelemumur.

Untuk mendapatkan khasiatnya,kupas nanas kemudian kisar hinga lumat. Jadikan jus nanas seperi perapi. Oles pada seluruh rambut, balutkan kepala dengan tuala dan biarkan selama 20 hingga 30 minit.

4. Santan Kelapa

Santan kelapa kaya dengan mineral, asid lemak dan vitamin yang boleh menghitam dan menyihatkan rambut. Sejak zaman dahulu, santan telah digunakan secara meluas di kalangan wanita untuk memelihara kecantikan rambut.

Oles rambut dengan santan, kemudian balut kepala dengan tuala selama 30 minit sbeelum bilas sehingga bersih. Amalkan sebanyak seminggu sekali untuk mendapatkan rambut yang lebat, hitam dan bersinar.

5. Daun Pandan

Daun pandan mempunyai khasiat purina yang berkesan untuk memberi sinaran pada rambut selain melebatkannya.

Cara terbaik untuk mendapatkan kebaikannya pada rambut adalah dengan mengolesnya terus pada rambut. Campurkan daun pandan bersama sedikit air dan santan, biarkan semalaman. Esoknya sapu pada rambut, biarkan selama 20 hingga 30 minit dan bilas sehingga bersih. Rambut bukan sahaja akan cantik, malah berbau harum.-VVANITA.MY

Loading...