4 Jenama Pelopor Pakaian Sukan Muslimah. Serius Trendy!

MINGGU lalu, jenama sukan terkenal dunia Nike telah memperkenalkan hijab yang diberi nama “Nike Pro Hijab” itu mempunyai rekaan sarungan selapis yang diperbuat daripada fabrik poliester ringan dan didatangkan dalam rona gelap dan neutral.

Bagaimanapun, Nike bukanlah jenama sukan pertama yang mempasarkan pakaian sukan Muslimah.

Berikut merupakan beberapa jenama sukan yang menawarkan pakaian sukan khusus buat Muslimah yang aktif melakukan aktiviti riadah:

1. Capsters

Sebenarnya, Capsters merupakan hijab mesra-sukan pertama yang diperkenalkan di pasaran.

Diinovasikan oleh seorang Muslimah dari Belanda yang dihalau daripada pusat kecergasan oleh hanya kerana berhijab, Capsters kini menjadi pilihan utama wanita bertudung yang lasak bersukan.

Fabrik ringan, berangin dan memeri Capsters menjadikan pemakainya selesa walaupun berpeluh. Menariknya, Capsters juga mencipta hijab sukan untuk acara-acara sukan air dan musim salji.

 

 

 

 

2. Friniggi

Jenama sukan daripada Botswana ini dimulakan apabila pengasasnya, Fatima, mendapati bahawa terdapat pasaran yang besar dalam pakaian patut syariat.

Fatima kemudiannya berusaha keras untuk mencipta pakain sukan yang mempunyai rekaan cantik, sopan dan selesa untuk pemakainya.

Kini, hijab sukan friniggi mempunyai 15 warna untuk dipadankan mengikut kesesuaian pakaian anda selain didatangkan dalam pilihan saiz yang luas.

 

 

 

 

 

3. Mu’mine Activewear

Mula diperkenalkan pada tahun 2015, misi Mu’mine adalah untuk menarik minat lebih ramai wanita Muslim untuk terlibat dalam gaya hidup aktif tanpa berkompromi dengan kesopanan pakaian yang dipakai.

Mu’mine juga berpandangan jauh ke hadapan kerana telah menginovasikan fabrik berteknologi GO-dry™ dan Meryl® atau M-tech™.

Mu’mine mereka pakaian sukan yang bukan sahaja menutup aurat dan praktikal, malah turut memikirkan kelestarian alam sekitar dan budaya pemakainya dalam setiap rekaan mereka.

 

 

 

 

4. Burqini

Pada tahun 2003, pengasas Burkini iaitu Aheda Zanetti telah terinspirasi untuk mereka pakaian mandi untuk Muslimah selepas melihat anak saudaranya bermain bola jaring dengan memakai tudung. Ini menggerakkan Aheda untuk mencari pakaian sukan mesra-Muslimah yang patuh syariat dan selesa dipakai.

Namun, kekurangan pilihan ciri-ciri seperti di pasaran membuatkan Aheda mula mewujudkan pakaian mandi yang diberi nama Burkini, iaitu gabungan perkataan ‘burqa’ dan ‘bikini’.

-VVANITA.MY

Loading...