3 Cara Mudah Menjaga Kulit Muka. Serius Tak Susah

Anda beruntung jika anda mempunyai kulit muka yang bebas daripada masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain. Namun itu bukan alasannya untuk anda mengambil mudah soal penjagaan kulit muka.

Siapa kata susah nak jaga kulit muka? Tidak perlu kusutkan fikiran untuk mendapatkan rawatan spa kulit sebagainya. Hanya lakukan tiga langkah mudah ini untuk menjaga kulit muka anda.

#1- Mencuci muka

Image result for mencuci muka

Pencuci muka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicari. Beratus-ratus jenama pencuci muka terdapat di pasaran untuk anda pilih. Tidak semestinya perlu yang mahal untuk mendapatkan hasil kulit yang terbaik.

Anda hanya perlu mencari pencuci yang sesuai dengan kulit anda dan teruskan menggunanya. Elak daripada mencampur-campurkan jenama produk berlainan. Pencuci yang mengandungi banyak buih mampu membuat kulit anda kering.

Anda juga boleh mencuba  mencuci muka menggunakan bahan-bahan berasaskan organik seperti susu ,  yogourt atapun oat. Siapa tahu jika ia berkesan pada kulit anda.

#2- Pelembab

Image result for melembabkan muka

Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, setelah membersih dan menyegar , pastikan anda tidak mengabaikan langkah seterusnya iaitu melembabkan kulit wajah.

Bagi kulit normal, kandungan minyak semula jadi sudah dimiliki. Namun adakalanya ia akan menjadi kering disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Pilih pelembab yang ringan dalam bentuk losyen.

Jika anda yang memiliki kulit kering pula, pelembab adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit wajah anda. Gunakan pelembab yang bertekstur keras seperti krim.

Tetapi, jika anda mempunyai kulit berminyak, elakkan daripada menggunakan pelembab. Ini kerana kejenjar sebum anda sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak yang berasaskan air. Selamat mencuba!

#3- Pelindung UV

Pendedahan terhadap cahaya matahari kadang-kala tidak dapat dielakkan. Maklumlah, kita tinggal di negara beriklim panas, Malaysia.

Tahukah anda, kulit yang kering akibat terdedah kepada cahaya matahari mampu membuatkan kulit anda berkedut dengan kadar yang cepat. Disebabkan itu, tiada sebab untuk anda tidak menggunakan pelindung UV matahari dengan kandungan SPF paling kurang, 30.

Bagi kulit yang berminyak, gunakan pelindung yang mengandungi  bahan mineral dan organik. -VVANISTA.MY

Loading...