10 Sebab Utama Kenapa Diet Anda Tidak Berhasil!

ANDA sudah mula berdiet sejak beberapa bulan yang lalu namun berat badan masih tidak berkurangan? Mungkin anda sudah mula berasa putus asa apabila mengenangkan usaha yang dilakukan tidak mendatangkan hasil.

Jangan begitu, cuba renungkan kembali dimanakan silap atau kekurangannya. Mungkin ada beberapa perkara yang menjadi penyebab kepada kegagalan tersebut.

Jika anda ada melakukan KESILAPAN ini, hentikannya secepat mungkin. Anda mampu mengubahnya!

1- Berlapar

Berlapar merupakan salah satu kesilapan terbesar yang dilakukan ketika berdiet. Mengapa perlu berlapar? Menahan lapar boleh menjadikan anda makan lebih banyak daripada biasa, dan berisiko mengambil kalori yang berlebihan. Cara terbaik untuk berdiet ialah, makan sahaja seperti biasa. Hanya kurangkan saiz makanan yang diambil. Lebihkan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

2- Minum Soda Diet

Terbaca sahaja perkataan ‘diet’ terus sahaja dicapai minuman tanpa mengambil kira apakah kandungan sebenar yang terdapat di dalamnya. Banyak pengeluar mengubah taktik penggemar minuman berkabonat dengan menyatakan ia adalah minuman diet soda.

Ingat! Ia masih mengandungi bahan pemanis dengan kalori tinggi dan anda masih lagi terdedah kepada risiko kegemukan atau penyakit seperti diabetes. Jangan terpengaruh dengan taktik yang tentunya boleh menggagalkan misi diet anda.

3-  Menyimpan Stok Snek

Jangan simpan makanan ringan di rumah atau lebih baik jika anda tidak membelinya langsung. Jika ada, pastikan anda menyimpannya di tempat yang sukar dilihat. Gantikan buah-buahan tinggi serat sebagai snek gantian.

Potong kecil-kecil dan jadikan ia sebagai kudapan sambil menonton televisyan atau ketika anda terasa ingin mengunyah.  Bukan sahaja menyihatkan, ia juga membantu anda berasa lebih kenyang.

4- Cheat Day

Benar, ada kalanya cheat day perlu sebagai hadiah atas kejayaan anda mengawal nafsu makan yang keterlaluan tidak seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun ia bukan bermaksud anda boleh makan apa sahaja yang anda mahu tanpa sebarang had.

Contohnya, jika anda gemar memakan kek coklat, dalam masa sebulan anda berjaya diet tanpanya, pilih sehari atau dua hari sahaja untuk anda menikmatinya. Itu pun dengan jumlah yang tertentu.

5- Pinggan Besar

Jika anda memilih pinggan yang besar, kemungkinan anda mengambil lebih banyak makanan juga adalah sangat tinggi. Macam tak puas kalau pinggan tu kosong! Apa kata ambil pinggan yang lebih kecil saiznya? Dengan jumlah makanan yang kecil, anda akan melihat pinggan anda sudah penuh dan terus kembali ke tempat duduk untuk menikmati apa yang ada di atas pinggan anda.

6- Makan Cepat

Makan dengan cepat bukan sahaja menunjukkan anda seorang yang kurang sopan ‘gelojohnya dia ni”, malah tabiat ini juga tidak bagus untuk kesihatan dan diet. Nikmati makanan secara tenang dan perlahan-lahan. Cuba buat kunyahan kira-kira 20 -40  kali kerana ia akan membantu anda berasa lebih relaks dan cepat kenyang.

7- Beraktiviti Sambil Makan

Makan sambil menonton televisyen, menyiapkan tugasan dengan menghadap komputer boleh menjadikan anda gemuk. Ini kerana,  melakukannya sambil makan boleh membuatkan anda hilang fokus tentang jumlah makanan yang telah diambil. Anda akan makan lebih banyak makanan tanpa anda sedari.

8- Malas Berjalan

Disebabkan perasaan malas menguasai diri, seboleh-bolehnya kereta mahu diletakkan di kawasan yang paling hanpir dengan pintu masuk atau lif. Apa kata anda ubah kebiasaan itu secara paksa dan lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. Jalan jauh sikit, ia akan membantu anda mengurangkan berat badan.

9- Ajakan Teman

Jika rakan anda menghulurkan makanan yang enak, pasti sukar unutk menolaknya padahal sudah berniat mahu mengawal jumlah kalori yang diambil.  Walaupun sudah melepasi waktu makan utama, anda pasti berasa ‘teringin’  untuk menikmatinya. Sebenarnya, tolak sahaja dengan lembut.

Jangan mudah terpengaruh walaupun mahu menjaga hati.  Terangkan bahawa anda sedang mengawal pemakanan dan mintak kerjasama dengan rakan anda.

10- Kurang Rehat

Lebih tepat jika dikatakan anda kurang tidur. Tahukah anda,  tidur yang mencukupi juga membantu anda mengawal berat badan? Kurangnya rehat atau tidur boleh mempengaruhi hormon penghadaman. Oleh sebab itu, ada kalanya anda berasa sangat lapar pada waktu tengah malam jika tidak cukup tidur.

-VVANITA.MY

Loading...