Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang...

SETIU - Seramai 14,000 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang penganjuran Sukan...

28 Atlet Tergamam Bas...

SERAMAI 28 atlet skuasy Sukan SEA panik apabila bas yang dinaiki terbabit dalam...

Polis Kesan Individu Kes...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan insiden seorang...

Ekonomi Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat

LANGKAWI - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha memperkasakan kesejahteraan rakyat memerlukan...

Zulin Minta Usah Perbesarkan Isu Dia Tak Bertudung

PENGACARA dan pelakon Zulin Aziz berharap isu video yang memaparkan dia tidak bertudung baru-baru ini tidak dipukul canang lagi oleh masyarakat yang tidak tahu perkara sebenar berlaku.

Menurut Zulin, sepatutnya video terbabit tidak perlu dimuat naik tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

“Video itu diambil ketika saya berkunjung ke rumah kakak pelakon Ahya Rosli. Saya sedar video itu diambil tetapi tidak sangka ia dimuat naik di akaun Instagramnya dan dikongsikan kepada umum.

“Sebenarnya saya dengan ahli keluarga Ahya sangat rapat. Kami ibarat keluarga apabila sering bertemu dan bermalam di rumah mereka.

“Saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan kerana video diambil ketika saya ada dalam rumah. Lagipun ketika saya tidak memakai tudung, Ahya tiada di rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zulin, dia tidak kisah dengan kritikan netizen malah menyifatkan apa yang berlaku itu tidak menjejaskan namanya.


“Saya tidak kisah apa orang ingin katakan kerana mereka tidak tahu proses yang saya lalui ini. Berilah saya ruang untuk berubah secara perlahan-lahan.

“Saya akui mungkin ramai terkejut dengan apa yang berlaku, tapi bukannya saya tidak mengenakan tudung di luar rumah. Penghijrahan ini memerlukan masa dan bukan dilakukan semata-mata mahu mengikut orang,” katanya.

Sejak malam tadi kecoh di media sosial apabila video Zulin tidak memakai tudung di rumah keluarga Ahya tersebar menerusi Internet sehingga dikecam teruk di internet. – MYNEWSHUB.CC

Kategori