Zul Ariffin Terlampau ‘Sweet’ Sampai Fathia Jadi Malu

SEKARANG ini menerusi slot Samarinda TV3 sedang hangat ditayangkan drama Menanti Februari lakonan pelakon terkenal, Zul Ariffin dan Fathia Latiff.

Berkongsi mengenai pengalamannya berlakon dengan Zul, Fathia mengakui cara lakonan kedua-dua mereka adalah berbeza sama sekali dan mengambil sedikit masa untuk mencipta keserasian pada awalnya.

“Saya dan Zul, kami mempunyai cara lakonan yang berbeza jadi sebab itu pada awalnya kami mengambil masa untuk membina keserasian. Apa yang saya buat, saya bayangkan yang Zul seolah-olah benar-benar suami saya.

“Bagi saya, bergandingan dengan Zul, dia sangat profesional dan mencabar kerana dia banyak memberikan eleman kejutan dalam lakonannya terutama babak romantik. Kadang-kadang tu dia sweet sangat sampai buat saya rasa gementar dan jadi agak malu-malu,” ujar aktres cantik itu memetik laporan Malaysian Digest.

Drama Menanti Februari merupakan naskhah pertama mempertemukan gandingan Zul dan Fathia sebagai pasangan hero dan heroin.

Selain mereka, drama terbabit turut dibintangi Afiq Muiz, Juedian Omar dan Riz Amin.

Selain sibuk berlakon, Fathia turut mengusahakan perniagan busana Muslimah di bawah label Dara by Fathia Latiff. – MYNEWSHUB.CC

Loading...