Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Majikan Di Sabah Diingat...

KOTA KINABALU - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah mengingatkan majikan di negeri ini...

Berpeluk Dalam Filem, Emma...

PELAKON berwajah Pan-Asian, Emma Maembong sememangnya menjadi antara pelakon berhijab yang sering kali...

Loong Deng Lupakan Kesakitan,...

IPOH – Atlet lontar peluru Johor, Farm Loong Deng melupakan kesakitan di paha...

UMNO Jumpa Ketua Bahagian...

KUALA LUMPUR - Semua Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara dipanggil serta-merta untuk...

Zoo Negara Kurang Dana, Tiada Sokongan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Zoo Negara gagal menaik taraf segala perkhidmatan berikutan kekurangan dana dan tiada sokongan daripada kerajaan.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, lebih menyedihkan apabila pihaknya juga tidak mampu menyelenggara segala kemudahan atas sebab yang sama.

Kata beliau, Zoo Negara memerlukan kos yang banyak untuk melakukan kedua-dua perkara tersebut.

“Kita tidak ada masalah untuk mengendalikan hal-hal berkaitan pembayaran gaji pekerja, bonus dan pengurusan haiwan, semua itu cukup.

“Cuma naik taraf sahaja tak cukup sebab modalnya mahal, ditambah pula dengan ekonomi agak ketat masa ini,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), hari ini.

Jelas Rosly, Zoo Negara memutuskan untuk tidak menerima dana kerajaan selepas pelbagai dakwaan dilemparkan termasuk salah guna kuasa.


Katanya, atas sebab itu Zoo Negara hanya menerima bantuan kerajaan daripada aspek pembangunan.

Walaupun begitu kata beliau, jumlah pengunjung secara harian ke Zoo Negara masih ramai terutama dalam kalangan keluarga dan pelancong.

Tambahnya, Zoo Negara berjaya mencapai sasaran kehadiran 400,000 hingga 500,000 pengunjung, tahun lalu.

“Pada tahun ini, kita sudah mencapai jumlah pengunjung sebanyak 200,000 orang sebab itu kita harap orang datang dan duit itu untuk dijadikan modal. Kalau tak ada (pengunjung, kita akan) susah hati,” katanya.

Kategori