Zon Merah, Kes Positif Covid-19 Bertambah

KUALA LUMPUR – Kawasan Zon Merah Covid-19 sudah meningkat kepada 18 kawasan selepas Cheras turut merekodkan lebih 41 kes jangkitan.

Data itu direkodkan menerusi taburan kes mengikut negeri dan daerah setakat jam 12 tengah hari semalam, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cheras merekodkan 44 kes jangkitan koronavirus.

Setakat tempoh itu, Lembah Pantai kekal sebagai lokasi tertinggi kes jangkitan dengan 376 kes naik berbanding 367 pada tempoh sebelumnya.

Selangor masih kekal mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 943 dengan Petaling merekodkan (202), Hulu Langat (318), Klang (109) dan Gombak (100).

Selain tiga kawasan berkenaan, di Perak terdapat dua lokasi Zon Merah iaitu Hilir Perak dengan 65 kes naik empat kes, dan Kinta (82), juga meningkat dua kes.

Di Kuala Lumpur pula, Kepong dan Titiwangsa, masing-masing merekodkan pertambahan kes kepada 112 dan 90 kes positif Covid-19.

Kota Bharu, Kelantan kekal 82 kes manakala di Pahang, Jerantut melaporkan 58 kes, naik dua kes.

Batu Pahat, Johor kekal 47 kes tetapi dua kes meningkat di Johor Bahru kepada 139 manakala Kluang pula bertambah 147 berbanding 135 sebelum ini.

Seremban sebanyak 156 kes.

Kuching, Sarawak melonjak 10 kes dengan 165 kes dan Tawau, Sabah kekal 67 kes.

Loading...