Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Gerakan Sokong Polisi Baik...

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan akan menyokong segala dasar baik yang dibawa kerajaan...

Isu UPSR Bocor: Murid...

KUALA LUMPUR - Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga...

Ali Puteh Mahu Jumpa...

PETALING JAYA - Enggan memanjangkan kontroversi berhubung dakwaan membolot harta peninggalan abang, Allahyarham...

TH Terlepas Jana Untung...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) terlepas peluang untuk menjana keuntungan besar...

Zon Merah Covid-19 Meningkat Kepada 10 Kawasan

ZON merah Covid-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding sembilan, setakat 12 tengah hari semalam.

Petaling di Selangor menyaksikan pertambahan sebanyak 13 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 52 kes, sekali gus zon merah.

Pada Ahad, daerah itu diletakkan sebagai zon kuning dengan 39 kes namun, jumlah kesnya meningkat semula, semalam.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sembilan daerah yang kekal zon merah ialah Hulu Langat, Gombak, Batu, ibu kota dan Kampung Baru, Sri Petaling, Kluang, Seremban, Kuching serta Kota Samarahan.


Selain itu, Infografik CPRC juga menunjukkan Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu diisytihar zon hijau apabila mencatatkan sifar kes aktif jangkitan Covid-19.

Ini menjadikan lima negeri bebas kes Covid-19 termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

Berlaku penambahan daerah zon hijau daripada 86 daerah kepada 111 daerah dan hingga semalam, Malaysia merekodkan 6,353 kes positif Covid-19 serta 1,764 kes aktif.

Kategori