Zon Hijau Covid-19 Bertambah Satu Lagi

SATU lagi daerah dikategorikan sebagai zon hijau Covid-19 menjadikan keseluruhannya 65 zon tiada kes baharu jangkitan virus itu di negara ini, setakat 12 tengah hari, semalam.

Pertambahan daerah zon hijau itu ialah di Sibu, Sarawak berbanding kelmarin daerah itu dalam kategori kuning apabila mencatatkan satu kes aktif.

Perlis muncul sebagai negeri pertama zon hijau kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu.

Laporan dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) turut menunjukkan daerah tidak pernah ada kes dijangkiti ialah Yan, Machang, Hulu Terengganu di bahagian Semenanjung Malaysia.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Sementara daerah tidak pernah ada kes dijangkiti Covid-19 di Sabah ialah Kota Marudu, Kudat, Nabawan, Pitas, Tenom, Kuala Penyu, Tongod dan Beluran.

Sarawak pula adalah di daerah Kapit, Baram, Belaga, Dalat, Daro, Julau, Kanowit, Lundu, Song, Saratok, Lubok Antu, Meradong, Pakan, Tatau dan Selangau.

Berdasarkan kedudukan di tempat kedua dengan catatan sebanyak 1,066 jumlah kes kumulatif termasuk 17 kes import, ibu negara kekal diletakkan dalam zon merah jangkitan Covid-19.

Selangor pula mendahului dengan jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 iaitu merekodkan 1,369 daripada 5,603 kes seluruh negara.

Negeri yang menempatkan pelabuhan dan lapangan terbang utama negara itu menunjukkan enam daripada sembilan daerahnya berada dalam zon merah jumlah kumulatif kes.