Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Teater Baik Punya Cilok...

KUALA LUMPUR - Pementasan teater Baik Punya Cilok yang bakal dipentaskan di pentas...

Hentikan Polemik Bahasa Kebangsaan...

1. KEPUTUSAN muktamad kabinet dalam memutuskan kelonggaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa Melayu...

Ronaldo Boleh Buat Juve...

MILAN -Juara Itali, Juventus mengambil risiko besar dengan mendapatkan Cristiano Ronaldo, menurut Presiden...

Pasukan Inkues Adib Lawat...

SUBANG JAYA – Pasukan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini ke...

Zizan Razak Lebih Berhati-Hati, Jaga Mulut

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak mahu menjadi diri sendiri ketika mengendali program temu bual terbaharu bersama Johan iaitu Jozan Live.

Zizan, 34, berkata dia menyedari bukan senang untuk mengembirakan semua orang namun dia akan menjaga sensitiviti dalam setiap pertuturannya.

“Nak kata berhati-hati itu, tidaklah. Tapi Saya nak jadi diri sendiri. Masing-masing ada pendapat tersendiri.

“Lagipun susah nak gembirakan semua orang. Macam mana pun, saya akan diberikan garis panduan dan berbincang sebelum program bermula.

Johan dan Zizan kembali bergandingan menerusi Jozan Live selepas tujuh tahun.

“Sudah tentu akan menjaga sensitiviti. Apa yang penting, program ini bertujuan untuk menghiburkan penonton,” kata Zizan kepada mStar Online.

Program Jozan Live yang mempunyai 40 episod sudah mula ditayangkan sejak Selasa lalu bermula pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, Zizan teruja bakal berlakon dengan seniwati legenda terkenal Indonesia, Christine Hakim yang juga disegani sebagai Juri Festival Filem Cannes.

“Jalan cerita drama ini mengisahkan tentang kekeluargaan. Saya teruja menerima tawaran ini setelah melihat barisan pelakon senior yang hebat.


“Kalau saya tolak, sangat rugi. Mereka bukan calang-calang pelakon. Saya harus rebut peluang berlakon dengan mereka.

“Boleh timba ilmu dan berkongsi pengalaman. Tambahan pula, dapat berlakon dengan Christine Hakim. Rugi kalau persiakan peluang keemasan ini,” ujarnya.

Zizan akan mula masuk lokasi drama bersiri lapan episod berjudul Sepenggal Puisi, usahasama produksi Malaysia dengan Indonesia tidak lama lagi.

Siri arahan pengarah filem Jendral Soedirman Viva Westi itu turut dibintangi pelakon hebat dari dua negara iaitu Jajang C. Noer dan Paramitha Rusady dari Indonesia serta Wan Hanafi Su dan Erma Fatima mewakili Malaysia.

Lain-lain pelakon ialah Lisa Surihani, Hisyam Hamid dan Syafiq Kyle. – mStar Online

Kategori