Zizan Perkenal Pemilik Suara Dalam ‘Kau Takkan Tahu’

PELAWAK Zizan Razak mendedahkan wanita yang menyanyi bersamanya dalam lagu terbaharu berjudul Kau Tak Kan Tahu ialah Melda Ahmad.

Zizan yang berkongsi perkara berkenaan di laman sosialnya bagi menjawab pertanyaan netizen terhadap suara merdu wanita berkenaan.

“Assalamualaikum semua. Kepada yang tertanya-tanya siapakah penyanyi Kau Takkan Tahu. Jadi hari ini Zizan kenalkan inilah orang yang bersuara merdu itu @meldahmad sopan santun budi pekerti lagi.

“Doakan supaya beliau dimurahkan rezeki lagi. Amin,” tulisnya.

Lagu dan muzik video Kau Takkan Tahu dilancarkan pada Jumaat lalu kini mendapat lebih 300,000 tontonan dan trending di Youtube Malaysia.

Melda pernah popular dengan lagu Kimia dan Gadis Sunsilk.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji suara tersebut dan berpendapat wajah penyanyi berkenaan seiras dengan penyanyi popular Ayda Jebat.

“Terkejut sekali pandang macam Ayda Jebat,” ujar netizen.

Manakala, ada juga segelintir mengenali Melda Ahmad sebagai seorang artis yang pernah mencipta nama sekitar tahun 2010.

Wanita tersebut pernah mempunyai lagu berjudul Kimia, Putus, Aku Adalah Aku dan membintangi drama bersiri Gadis Semasa Sunsilk. – mStar Online

Loading...