Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

435 Botol Arak Dijual...

SUNGAI BULOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 435 botol arak pelbagai jenama...

Rampas 520kg Ganja Di...

SONGKLA – Polis Thailand menahan tiga lelaki dan merampas 520kg ganja dianggarkan bernilai...

Walau Dilabel ‘Kayu’, Fattah...

WALAUPUN lakonannya sentiasa dikritik sebagai 'kayu', namun aktor popular Fattah Amin ini tersenarai...

Tak Bercadang Henti Panggilan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak bercadang untuk menghentikan program ‘panggilan...

Zidane Mahu 5 Pemain Baharu

MADRID – Meskipun baru sehari menyertai Real Madrid buat kali kedua, Zinedine Zidane sudah menyuarakan perancangannya bagi memperkukuhkan gergasi La Liga itu pada musim akan datang.

Pengendali dari Perancis itu secara terbuka meminta pengurusan tertinggi untuk memenuhi permintaannya bagi mendapatkan lima pemain baharu untuk pasukan itu dan pada masa sama mahu melepaskan dua pemain sedia ada.

Berdasarkan laporan di Sepanyol, Zidane mahu melepaskan Dani Ceballos dan Gareth Bale pada musim panas ini.

Berita itu bagaimanapun bukan satu kejutan memandangkan kedua-dua pemain itu bukan pilihannya semasa dia mengendalikan Madrid sebelum ini.

Zidane dikatakan mahu melakukan perubahan besar dengan pasukan itu perlu mendapatkan lima pemain pada musim panas ini termasuk Eden Hazard, Paul Pogba, Lucas Hernandez, Sadio Mane dan Kylian Mbappe. – Agensi

Kategori