Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Skim Bantu Golongan Muda...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan satu skim baharu sebagai pemudahcara urusan pinjaman...

Terima Kecaman Selepas Kritik...

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim kedua (GV2) telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan...

Mia Ahmad, Suami Sambut...

KETIKA sebilangan orang memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, berbeza pula...

PAN Akui Cina Sarawak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengakui kaum Cina memberi sokongan kepada...

“Zidane Jurulatih Terbaik Saya” – Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo ketika ditanya apa yang boleh digambarkan mengenai pengurus Zinedine Zidane dalam satu perkataan, jawapan dipilihnya adalah “pemenang”.

Ketika sidang media semalam menjelang aksi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool, awal pagi Ahad ini di Kiev, Ukraine, deretan wartawan bertanyakan soalan mengenai perlawanan berkenaan.

Tetapi seorang daripada pemberita pula mengeluarkan soalan membabitkan isu pengurus.

“Zidane adalah salah seorang jurulatih terbaik pernah melatih saya,” kata pertahanan Real, Marcelo yang pernah dibimbing Jose Mourinho, Carlo Ancelotti dan Rafa Benitez.

“Dia adalah salah seorang pemain bola sepak terbaik,” kata Isco. “Apa saja yang Zidane beritahu kamu, ia kekal bersama kamu.”

“Dia tidak pernah menunjukkan riak wajah yang dia sedang gemuruh,” kata Dani Carvajal. “Apabila dia bercakap, mata kamu akan terbuka dengan besar.”

Sepanjang dua setengah tahun di Real, Zidane sudah memiliki gelaran Liga Juara-Juara yang setara dengan Alex Ferguson, Pep Guardiola serta Jose Mourinho dan jika menewaskan Liverpool, beliau akan mengatasi pencapaian ketiga-tiganya.

Tahun lalu, skuad kendaliannya menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan Eropah sejak AC Milan yang dikendali Arrigo Sacchi melakukannya pada 1990 dengan Real turut memenangi dua gelaran La Liga-Liga Juara-Juara semusim buat kali pertama selepas 59 tahun.


Ramai mengatakan legenda Perancis itu bertuah kerana dilimpahi pemain-pemain terbaik dunia tetapi skuad Real ketika ini tidak boleh dianggap paling bernilai seperti kelab-kelab kaya lain, Barcelona, Manchester City atau Bayern Munich.

Mungkin apa yang digambarkan oleh Ronaldo sebelum ini cukup tepat tetapi di era yang dipenuhi dengan ramai jurulatih elit, Zidane jelas tidak terlalu terbawa-bawa dengan pujian.

Zidane jelas bukan pengurus paling muda, jurulatih yang bersandarkan kepada corak latihan, menekankan aspek tertentu dalam bola sepak dan juga tidak dikenali dengan egonya serta sering tunduk terhadap tuntutan tinggi pemilik.

Apa yang pasti, beliau berjaya memenangi keyakinan pemainnya dan sekali pun ketika mengambil alih tugas di Real pada 2016, akhbar di Barcelona menggelarnya sebagai ‘plaster melekit’, ironinya selepas 28 bulan, bintang-bintang di Real tidak berubah.

“Saya bukan jurulatih terbaik, saya juga bukan perancang taktikal terbaik,” kata Zidane. “Tetapi saya mempunyai perkara yang lain. Saya mempunyai semangat, saya mempunyai motivasi dan ia amat berharga.”AFP

Kategori