Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Operator Pengangkutan Awam Perlu...

PUTRAJAYA - Operator pengangkutan awam bagi semua sektor darat, udara dan maritim perlu...

Polis Tahan Suami Isteri,...

IPOH - Polis Perak berjaya menahan sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah serta...

Harga Barang Terus Naik...

HARAPAN rakyat Malaysia khasnya penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) untuk menyaksikan harga barangan...

Peluang Pekerjaan Dijangka Lebih...

KUALA LUMPUR – Unjuran bagi majikan dan bakat adalah lebih optimistik pada tahun...

Zawawi Lepas Jawatan Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd

PASIR PUTEH – Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman secara rasminya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd, syarikat milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkuat kuasa serta-merta.

Zawawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh mengumumkan perkara itu dalam Majlis Penerangan Isu Semasa di Dewan Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, di sini pada malam Rabu.

Beliau berkata, surat rasmi berkaitan peletakan jawatan itu akan diuruskan dalam masa terdekat.

“Saya berharap anggota parti yang masih lagi memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau kepentingan supaya segera berbuat demikian,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu selari dengan apa yang telah diputuskan oleh parti pada Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 minggu lalu iaitu memutuskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Pasir Puteh itu dilantik sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd, pada 26 Oktober tahun lepas.

Sebelum ini Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob menjadi individu pertama melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Peletakan jawatan Ahli Parlimen Machang itu berkuat kuasa 6 Januari 2021. – Sinar Harian

Kategori