Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

IPD Besut Hampiri Sasaran...

BESUT - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Besut yakin mampu mencapai sasaran...

Tampil Di Hadapan PAC...

JOHOR BAHRU - Mereka yang dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung...

Polis Cari Wanita Saksi...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang wanita berusia 37...

Malaysia Berhak Semak Semula...

KUALA LUMPUR - Malaysia masih mempunyai hak untuk menyemak semula harga air yang...

Zarith Sofia Mengaku Tak Salah Simpan, Kurung ‘Bruno’

KUALA LUMPUR – Bekas peserta program realiti Rockanova, Zarith Sofia yang menjadi kontroversi kerana menyimpan anak beruang matahari dengan panggilan Bruno minggu lalu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, Zarith Sofia atau nama sebenarnya Zarith Sofia Mohd. Yasin, 27, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Manira Mohd. Nor.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didapati menyalahi undang-undang menyimpa seekor beruang matahari (Herlactos Malayanus) tidak matang iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya dibawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa permit khas.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 69(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 69(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM200,000 atau dipenjarakan maksimum 10 tahun atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, penyanyi itu didakwa telah menyalahi undang-undang sama dengan mengurung beruang sama di dalam premis yang tidak sesuai atau kondusif bagi keselesaan atau kesihatan hidupan liar tersebut yang didakwa mengikut seksyen 86(1)(c) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah Kondominium Sentrio Pandan, Desa Pandan di sini pukul 8 malam pada 6 Jun lalu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Munirah Zainal Abidin tidak menawarkam ikat jamin atas alasan kes yang dilakukan tertuduh melibatkan haiwan hidupan liar yang terlindung.

“Sekiranya mahkamah memberikan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM30,000,” katanya.


Bagaimanapun Zarith Sofia yang diwakili peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay Abdullah memohon mahkamah membenarkan ikat jamin dengan alasan tertuduh mempunyai tanggungan keluarga.

“Selain itu anak beruang yang dikatakan tertuduh dijumpai itu telah dijaga tertuduh dalam keadaan baik,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Manira kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan.

Syarat-syarat itu ialah tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan, tidak mengganggu saksi pendakwaan dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Julai ini bagi sebutan semula kes. – K! ONLINE

Kategori