Zamri Dahului 301 Penerima Darjah Kepahlawanan Polis

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya hari ini mendahului senarai 301 penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Zamri dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat ke istiadat penganugerahan itu di Istana Negara di sini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

Seramai 45 penerima dianugerahkan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis, Darjah Pahlawan Pasukan Polis (64 penerima), Kesatria Pasukan Polis (10 penerima) dan Bentara Pasukan Polis (190 penerima). – BERNAMA

Loading...