Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penyu Lipas Kembali Ke...

TELUK BAHANG – Sebanyak 110 ekor anak penyu lipas berjaya dialihkan ke Pusat...

Pelajar Digantung Sekolah Buat...

MELAKA - Dua budak lelaki berusia 14 tahun sanggup memanjat siling sebuah sekolah...

Kerajaan Selangor Hormati Pilihan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor menghormati apa sahaja sekolah yang menjadi pilihan ibu...

Hujan Lebat, Ribut Petir...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir...

Zamani Akhirnya Bersanding Atas Pelamin

KUALA LUMPUR – Vokalis Slam, Zamani seperti bermimpi apabila  diberi kesempatan bersanding di atas pelamin pada usia menghampiri 50 tahun.

Zamani bersanding bersama isterinya, Nur Juliana Abdul Rani di Mercure Selangor, Selayang semalam.

Penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu terharu dan seperti tidak percaya majlis bersejarah dalam hidupnya itu benar-benar menjadi realiti.

“Saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada perunding perkahwinan Wedding Studio yang menaja sepenuhnya majlis ini.

“Sewaktu berada di atas pelamin ketika bersanding, saya rasa seolah-olah seperti bermimpi.


“Perancangan ini dibuat sebelum saya menunaikan umrah pada hujung Oktober lalu. Tarikhnya memang dah ditetapkan dari awal iaitu 1 Januari 2020,” katanya seperti dilaporkan portal Harian Metro.

Zamani, 49, dan Nur Juliana diijabkabul pada 20 September lalu. – MalaysiaGazette

Kategori