Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Ini Menang Gelaran...

WANITA ini memenangi gelaran penggali kubur paling cantik di seluruh Jerman apabila sebuah...

Dr. Mohd Asri Tahu...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang juga...

Ustaz Dicekup Liwat Pelajar...

KOTA BHARU – Seorang ustaz di sebuah sekolah agama di Tanah Merah dicekup...

Mahkamah Tolak Saman Bekas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak saman bekas pengurus...

Zakir Naik Dilarang Berceramah Di Seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis melarang penceramah bebas, Dr. Zakir Naik menyampaikan ceramah umum di semua negeri di Malaysia.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat, Polis Diraja Malaysia, Datuk Asmawati Ahmad, larangan tersebut dibuat atas sebab keselamatan negara dan bagi mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

Ketika dihubungi The Star, Asmawati berkata, semua kontinjen polis telah dimaklumkan mengenai arahan terbaharu itu.

Zakir sebelum ini telah diharamkan di Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak susulan daripada kenyataan berbaur perkauman yang dibuat olehnya ketika berceramah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Penceramah berasal dari India yang memegang status Penduduk Tetap Malaysia itu turut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan tujuan untuk melakukan provokasi dan memecahkan keamanan.

Kategori