Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

PAS Terima 5,000 Ahli...

KUANTAN- Pertambahan ahli baharu PAS yang mencecah hampir 5,000 penyertaan setiap bulan membuktikan...

VIDEO: Pergaduhan ‘Cinta Tiga...

"Saya tak tau, dia kata dia dah cerai!" jerit lelaki yang dipukul dalam...

Kajian Institusi Tahfiz Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kajian ke atas institusi pengajian tahfiz di Malaysia yang antaranya...

Pahang, Lions XII Mara...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Pahang dan wakil Singapura, Lions XII mengesahkan slot...

Zakir Naik Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram

NEW DEHLI – Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah AS$28 juta (RM116 juta) di India.

Menurut laporan BBC, Direktorat Penguatkuasaan (ED) India yang menyiasat jenayah kewangan itu memfailkan laporan terhadap Zakir,53, di Mahkamah Mumbai, semalam.

Pertuduhan itu kata ED difailkan selepas pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung aset berjuta-juta milik Zakir yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Selain pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram, pihak berkuasa India turut menuduh Zakir sebagai menyebarkan ucapan berbaur kebencian dan menghasut keganasan.

“Hasil siasatan mendapati ceramah Zakir memberi inspirasi dan menghasut belia beragama Islam di India untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dan perbuatan keganasan,” kata ED kepada mahkamah di sini semalam. – Agensi

Kategori