Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Asyraf Wajdi Tawar Jadi...

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tampil...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN: Seramai 2,641 mangsa daripada 816 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara...

Anggota JR Perlu Ketahui...

BAGAN DATUK - Anggota Jalinan Rakyat (JR) perlu mengetahui secara jelas kehendak pengundi...

Tunku Abdul Jalil, Definisi...

PEMERGIAN putera raja berjiwa rakyat, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim...

Zaiton Sameon Boleh Berjalan Depan Kaabah

SUDAH berkali-kali kita mendengar tentang pengalaman indah dilalui oleh orang-orang yang pernah mendapat jemputan dari-Nya untuk ke tanah suci Makkah.

Kali ini, pengalaman indah dan ajaib dikongsi penyanyi, Zaiton Sameon ketika mengerjakan ibadah umrah di Makkah baru-baru ini.

Zaiton menjelaskan, sepanjang berada di Kota Makkah, dia mampu berjalan sendiri tanpa sebarang masalah sedangkan ketika memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Alhamdullilah… jejak sahaja kaki di Kaabah, saya dan boleh berjalan dan menyelesaikan tawaf tanpa masalah.

“Ini semua keajaiban daripada Allah. Bersyukur ibadah saya dipermudahkan atas doa semua peminat,” katanya menerusi laman Facebook milik pengurus acara, Syed Wafa.

Kenyataan tersebut diucap Zaiton ketika siaran langsung di Facebook milik Syed Wafa sejurus pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah 6 Februari lalu.

Zaiton mengerjakan umrah bersama 23 lagi artis veteran terpilih anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah.


Selebriti veteran yang turut terlibat dalam perjalanan ke kota suci itu termasuklah Ibnor Riza, Hamid Gurkha, Sulaiman Yassin (Mat Over), Harun Hashim, Mat London, Sahara Yaacob, Shima, Aida Agil, Zaleha Hamid, Ayati Tasrip dan Halil Chik.

Kesemua mereka selamat mengerjakan ibadah Umrah tersebut daripada 26 Januari hingga 6 Februari yang lepas.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Menaruh Harapan’ itu sebelum ini dilaporkan beberapa portal hiburan terpaksa berkerusi roda akibat kecederaan yang dialaminya akibat terjatuh tahun lalu.

Menurut Zaiton, ini merupakan kali kedua dia mengerjakan ibadah Umrah serta turut menyimpan hasrat berkunjung lagi ke tanah suci dan mengimpikan untuk erus menetap di sana.

“Saya pertama kali ke Makkah sekitar tahun 1995 dan sejak itu perasaan rindu terhadap Makkah sentiasa ada cuma tiada peluang untuk ke sana.

“Alhamdulillah selepas 23 tahun akhirnya doa saya untuk kembali ke sana akhirnya tercapai. Rasa macam nak pergi sana lagi dan kalau boleh nak menetap terus di Kota Makkah,” ujarnya dipetik daripada portal mStar Online. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori