Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

432 Kes Baharu Covid-19,...

PUTRAJAYA - Penularan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 432...

“Kenapa Seluar Dalam Laki...

KEDAI dobi layan diri sememangnya dijadikan pilihan kebanyakan pasangan yang berkerjaya untuk membasuh...

Negeri Ditadbir PH Tak...

Kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan dewan undangan negeri...

Hukuman Mati Untuk Penyerang...

MIAMI - Pendakwa raya Florida memohon hukuman mati ke atas Nikolas Cruz, bekas...

Zainal Kling Beri Keterangan Selama 2 Jam Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Zainal Kling memberi keterangan selama dua jam kepada polis berhubung ucapan berbaur perkauman dalam Kongres Maruah Melayu pada awal bulan ini.

Zainal bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai siasatan polis terhadapnya ketika meninggalkan perkarangan Bukit Aman pada 12.55 tengah hari.

Peguam, Mohd Hisham Marzuki berkata, Zainal memberi keterangan bersama Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu Universiti Malaya (UM), Hashim Ismail.

“Hari ini, kedua-dua Zainal dan Hashim telah membantu siasatan polis dan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

“Proses berlangsung selama dua jam,” katanya di perkarangan Bukit Aman hari ini.

Hisham berkata, polis tidak menyatakan jika Zainal akan dipanggil lagi.


Pada 23 Oktober lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed dilaporkan berkata, Zainal dipanggil berikutan laporan polis yang dibuat pegawai khas timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Huzir berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Zainal menyentuh isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja dan orang Melayu ketika berucap dalam himpunan itu.

Katanya, Malaysia adalah negara orang Melayu dan beliau mengingatkan kaum lain supaya tidak melanggar kontrak sosial dengan orang Melayu atau kerakyatan mereka boleh “digantung”. – FMT

Kategori