Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Empat Beranak Maut Kereta...

MALANG tak berbau apabila empat beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung...

Maut Ditimpa Palang Gol

JERTIH - Seorang pelajar sekolah pondok maut akibat ditimpa tiang gol dalam kejadian...

Jentera Parti Mesti Bergerak...

REMBAU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meminta...

PAN Dakwa Melayu Singapura...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kononnya Melayu Singapura hidup dengan...

FAS Tamatkan Serta-Merta Kontrak Zainal Abidin

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan drastik menamatkan serta-merta kontrak ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan, susulan prestasi hambar Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), sejak kebelakangan ini.

Pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari berkata keputusan itu selaras dengan arahan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu rombakan segera dilakukan dalam pasukan Selangor.

“Tugas ketua jurulatih akan dipertanggungjawab kepada saudara K. Gunalan selaku penolong ketua jurulatih sehingga satu tempoh di mana FAS dan pengurusan pasukan mengenal pasti calon sesuai bagi mengemudi pasukan Selangor menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin pada masa sama, menjelaskan rombakan menyeluruh ke atas pengurusan FAS akan diumumkan esok.

Semalam, Mohamed Azmin dilapor mengarahkan Amirudin dan penolongnya, Nor Hisham Ghouth untuk bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemerosotan prestasi Selangor, dan meminta rombakan segera dilakukan dalam pasukan berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut.


Kekalahan 0-1 kepada Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, semalam, juga membuatkan segelintir penyokong Selangor berang dan menuntut pembaharuan menyeluruh dalam FAS. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori