Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nasi Berlauk Mi Segera...

BUKIT MERTAJAM - Nasi kosong, kadangkala berlaukkan mi segera!. Itu makanan yang mampu...

Ismail Sabri Minta Top...

KUALA LUMPUR - Usaha Top Glove Corporation Bhd menawarkan 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat...

MARA Tak Akan Hentikan...

KOTA BHARU - Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan menghentikan biasiswa kepada pelajar...

12,000 Penumpang ETS Terjejas,...

BATU GAJAH - Kira-kira 12,000 penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) hari ini terjejas...

Zaid Ibrahim Dipanggil Ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR — Anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim, hari ini hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kenyataan yang dibuat di laman Twitter pada 5 Disember lepas.

Zaid tiba kira-kira 9.30 pagi bagi memberi keterangannya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selama 30 minit dan dilihat meninggalkan perkarangan ibu pejabat polis itu kira-kira jam 11 pagi.

Zaid, yang juga pengamal undang-undang, ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan itu berkata siasatan adalah berkisarkan ‘tweet’ beliau pada 5 Disember lepas, yang menurutnya adalah pandangan peribadinya.

“Namun, saya berpuas hati dengan siasatan tadi dan menunggu keputusan mereka,” katanya. Pegawai polis yang menjalankan siasatan itu ujarnya menjalankan tugas dengan profesional dan bertanyakan soalan berkaitan.

Katanya, jika ada keperluan polis akan panggil beliau semula untuk diambil keterangan. Polis sebelum itu mengesahkan Zaid disiasat di bawah Akta Hasutan serta Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


Zaid menerusi akaun Twitter itu mempertikaikan titah Sultan Selangor yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis. – BERNAMA

Kategori