Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sheera Sedih Disuruh Buka...

PELAKON Sheera Iskandar yang sudah tiga tahun mengenakan hijab mengakui pernah diminta membuka...

Suami Isteri Ditahan Kerana...

Ampang Jaya : Pasangan suami isteri warga asing ditahan polis di Taman Putra...

Dua Penyamun Remaja Rogol...

KOTA BHARU – Dua remaja berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di mahkamah...

Malaysia Kurangkan Keluaran Minyak...

KUALA LUMPUR – Malaysia bersetuju meneruskan komitmen pelarasan sukarela untuk mengurangkan pengeluaran minyak...

Zaid Ibrahim Dibebaskan Tanpa Dipanggil Bela Diri

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim daripada pertuduhan membuat kenyataan bersifat jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disiarkan di dalam blognya, tiga tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor membuat keputusan itu terhadap Zaid, 67, selaku Orang Kena Saman (OKS) tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Zaman dalam penghakimannya berkata terdapat kelompongan dalam kes pendakwaan selain percanggahan kenyataan antara saksi-saksi pendakwaan.

“Mangsa dalam kes ini juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan bagi mengetahui sama ada beliau terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan Zaid. Oleh yang demikian, OKS dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Laden kemudiannya memberitahu media bahawa pihak pendakwaan akan merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi.

Pada 4 Dis 2015, Zaid yang juga anggota DAP dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dan secara sedar membuat serta memulakan pernyataan yang bersifat jelik di laman http://www.zaid.my bertajuk ‘Rally Behind Tun Dr Mahathir Mohamad’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia yang diwakili peguam M. Puravalen didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman di sini pada 3.2 petang, 3 Sept 2015.


Pendakwaan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Pada 2 Sept 2015, Zaid memberi ucapan di Kelab Diraja Selangor, di sini dan kemudian memuat naik ucapan itu di dalam blog beliau pada keesokannya.

Ucapan itu juga dibacakan di dalam mahkamah semasa dia didakwa pada 4 Dis 2015.

Seramai 10 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu. – BERNAMA

Kategori