Zaid Biadab, Jamal ‘Hentak’ Guna Tukul Besar

SAAT kehangatan Persidangan Agung UMNO (PAU) kali ke-71 sedang membara, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tampil dengan demonstrasi terbaharu.

Gimik kali ini, Jamal yang dilihat begitu segak mengenakan baju Melayu berwarna hijau telah ‘menghentak’ pemimpin DAP Melayu itu, Zaid Ibrahim dengan tukul besar yang dianggarkan seberat 5 kilogram.

Jamal malahan dilihat berjaya menghentak tubuh ‘Zaid’ yang tertera dengan ayat “pengkhianat, kurang ajar, biadab” sebelum bertindak memijaknya pula Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Beliau berbuat demikian bagi ‘menyuarakan’ rasa ketidakpuasan hati susulan kenyataan biadap lagi kurang ajar yang dilemparkan oleh aktivis DAP itu terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

“Kami rakyat negeri selangor sudah hilang sabar. Kalau tidak ada tindakan terhadap si ‘haram jadah’ ini, hammer (tukul) inilah yang kami akan hammer (ketuk) kepala dia!

“Ini amaran keras kami kerana kami anak Selangor tidak mahu sekali-kali sultan kami dihina, dianjak, dicaci ataupun apa-apa perbuatan bertentangan dengan etika dan undang-undang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan berasa kesal terhadap tindakan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang dilihat masih ‘berdiam diri’ berhubung perkara berkenaan walhal beliau dilantik oleh Sultan Selangor sendiri.

“Mana dia Azmin Ali?! Mana Exco Selangor?! Kenapa masih bisu sampai sekarang? Kenapa pula sampai Sultan Selangor kena bidas, sepatutnya baginda tak perlu bidas,” katanya dengan nada tegas.

Sebelum ini, Zaid telah bersikap biadab terhadap titah Sultan berhubung isu Pengerusi Pakatan Harapan yang belum lagi didaftarkan sah, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana hina etnik Bugis sebagai lanun.

Baca: Sultan Selangor Sifatkan Mahathir Amat Berbahaya

Juga: Pemuda PPBM Kritik Zaid, Sokong KPM Isu Solat

Susulan perkara itu, pemimpin DAP berkenaan telah dikutuk dan dikritik oleh pelbagai pihak termasuk sekutu dalam blok pembangkang sendiri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC/AM