Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jurutera Syarikat GLC Dibebas...

KOTA BAHARU - Seorang jurutera syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sini, yang direman...

Alec Baldwin Didakwa Tumbuk...

NEW YORK - Pelakon Hollywood, Alec Baldwin diberkas dan didakwa menyerang seorang lelaki...

Dzulkifli Mohon Tamatkan Perkhidmatan

PUTRAJAYA – Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengemukakan permohonan untuk menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua...

Penerima Vaksin Fasa 2...

KUALA LUMPUR - Warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke atas masih diberi keutamaan...

Zahid Tiba Untuk Beri Keterangan Di SPRM

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 9.20 pagi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu minggu lalu.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus berwarna putih tiba dengan diiringi beberapa individu dan disambut beberapa pegawai SPRM.

Ahmad Zahid, yang memakai baju batik berwarna hijau berseluar gelap kelihatan ceria ketika tiba di perkarangan bangunan berkenaan.

Seawal jam 8 pagi tadi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes membabitkan Ahmad Zahid.

Ini kali ketiga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diarahkan hadir ke ibu pejabat SPRM untuk dirakam keterangan dengan kali pertama dan kedua beliau hadir adalah pada 2 dan 3 Julai lalu. – BH Online

Kategori