Zahid Mengaku Tidak Bersalah Rasuah $SG4.24 Juta

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Hamidi hari ini mengaku tidak bersalah atas tujuh tuduhan menerima rasuah.

Ahmad Zahid didakwa menerima suapan berjumlah lebih $SG4.24 juta bagi melanjutkan kontrak Ulta Kirana sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN) dua tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, perbuatan itu dibuat antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018 di alamat Seri Satria, Presint 16, Putrajaya.

Semua pertuduhan itu dibuat di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagaimanapun Ahmad Zahid, 66, membuat pengakuan tidak bersalah selepas ketujuh-tujuh pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Di bawah peruntukan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan ketika Ahmad Zahid memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Mahkamah membenarkan Ahmad Zahid diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Untuk rekod, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah ke atas 47 pertuduhan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Loading...