Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bank Tolak Wanita Nak...

SEORANG wanita di China yang terpaksa sewa lori untuk bawa duit syiling kepunyaannya...

Jerebu: Bacaan IPU Semenanjung...

KUALA LUMPUR - Sementara kebanyakan kawasan di Semenanjung menunjukkan penurunan dalam bacaan Indeks...

Keganasan: Kerajaan akan Terus...

KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah ancaman terbaharu oleh pengganas di seluruh dunia, Datuk...

DNA Sahkan Anggota Badan...

HONG KONG : Ujian data asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan tengkorak dan tulang rusuk...

Zahid Mengaku Tidak Bersalah 45 Pertuduhan

TEGAS… Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah atas 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit.

Pengakuan Presiden UMNO tersebut dibuat di hadapan Hakim Azura Alwi setelah pertuduhan dibacakan secara bergilir-gilir oleh empat jurubahasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa atas 10 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan menerima rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksye n 409 Kanun Keseksaan, Sekayen 16(a)B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ahmad Zahid diwakili sepasukan peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik manakala bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, mengetuai pasukan pendakwaan.


Wartawan telah berkumpul di kompleks mahkamah seawal 6.30 pagi dan mereka beratur dalam dua baris untuk pendaftaran masuk bagi liputan prosiding dalam mahkamah dan bilik siaran video.

Mahkamah menyediakan 21 pas untuk wartawan tempatan dan luar negara memasuki mahkamah untuk prosiding kes itu dan 40 pas untuk wartawan di bilik siaran video. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori