Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tulang Wanita Ditemui Di...

SEPANG - Tulang manusia dipercayai milik seorang perempuan ditemukan oleh seorang juruukur di...

Anwar Bentuk Kabinet Esok

PUTRAJAYA – Proses pembentukan Kabinet Kerajaan Perpa­duan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu...

Larangan Haji Tahun Ini,...

PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum menerima sebarang maklumat daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung...

Ahli PAS Bantu Kempen...

KOTA BHARU : PAS mengingatkan mana-mana ahli parti itu yang membantu kempen parti...

Ahmad Zahid Ikrar Setia Terhadap Kepimpinan Najib

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melafazkan ikrar taat setia tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

“Kesetiaan saya kepada Presiden (UMNO) tidak akan luntur selagi hayat dikandung badan,” kata Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO itu pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, turut berterima kasih kepada Najib kerana meletakkan seluruh kepercayaan kepada beliau bermula sebagai setiausaha politiknya pada 1987 hingga ke kedudukan beliau sekarang.

“Hubungan akrab ini membolehkan saya membantu beliau sejak dari dahulu lagi,”katanya.

Dalam ucapan kira-kira setengah jam itu, Ahmad Zahid turut mengajak semua perwakilan di dalam Dewan Merdeka tersebut untuk berdiri dan bersama-sama melafazkan ikrar kesetiaan kepada Presiden UMNO berkenaan serta menanam iltizam untuk memastikan kemenangan cemerlang UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahmad Zahid menegaskan bahawa UMNO di bawah kepimpinan Najib tidak lagi mengamalkan pemusatan kuasa individu.

“Tiada lagi ‘power centric’ dalam parti. Politik autoritarian tiada dalam kepimpinan presiden. Setiap keputusan kerajaan dan parti diambil secara kolektif dan bermusyawarah. Semua ini kita lakukan dalam pendekatan permuafakatan yang merupakan amalan jiwa jamai’e,” katanya.


Ahmad Zahid berkata setiap usul dan saranan perwakilan telah disuarakan dengan penuh keberanian dan kejujuran, sekali gus membuktikan UMNO di bawah kepimpinan Najib lebih terbuka.

“Dahulu, ahli akar umbi gentar bersuara kerana bimbang dengan tindak balas politik. Hari ini, tembok pemisah sudah tidak ada dalam UMNO. Tiada lagi sebarang jurang (di antara) yang di atas dan di bawah. Demokrasi dalam UMNO kian mekar dan segar,” katanya.

Beliau berkata zaman kerajaan tahu segalanya telah berakhir dan rakyat kini sudah matang dan mahu denyut nadi mereka didengari. – BERNAMA

Kategori