Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Keputusan Rasmi SPM 2017...

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan diumumkan secara rasmi pada...

Jururawat Mengaku Bunuh 8...

ONTARIO - Seorang jururawat di Kanada, mengaku bersalah membunuh lapan pesakit warga emas...

Perak Sasar 150,000 Pelancong...

JAKARTA - Perak menyasarkan kedatangan pelancong Indonesia ke negeri itu mencecah 150,000 orang...

Mahkamah Dengar Permohonan Habeas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada 29 Nov permohonan...

Zahid Hamidi Akan Ke Ibu Pejabat SPRM Semula

PUTRAJAYA — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Beliau (Ahmad Zahid) akan dipanggil semula untuk beri keterangan pada 10 pagi esok di SPRM Putrajaya,” katanya.

Keterangan itu diambil dipercayai bagi membantu siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan.

Ditanya sama ada Ahmad Zahid akan ditahan dalam tempoh terdekat, Azam enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.

Hari ini, Ahmad Zahid, bekas timbalan perdana menteri itu telah dipanggil ke SPRM Putrajaya kali ketiga dan memberi keterangan selama lebih lapan jam.


Ahmad Zahid menerusi catatan Twitter pada Isnin berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada agensi berkenaan.

Beliau sebelum ini memberi keterangan kepada SPRM pada Julai lalu. — BERNAMA

Kategori