Zahid Doa BN Menang, Terima Kasih Jentera Parti

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Nor capai kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Sabtu ini.

Menerusi catatan dalam akaun sosial Twitter rasmi miliknya, beliau yang juga Pengerusi BN turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera parti komponen itu yang bertungkus lumus dalam PRK Parlimen berkenaan.

“Saya mendoakan agar calon BN, Ramli Mohd Nor meraih kejayaan di Cameron Highlands biarpun banyak cabaran dan kekangan dari luar serta dalam. Syabas jentera UMNO dan BN yang bertungkua lumus,” kata beliau.

Ahmad Zahid kini sedang bercuti dan menyerahkan tugas presiden parti berkenaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk terus mengemudi UMNO buat sementara waktu. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...