Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Akibat Derma RM1 Bilion,...

EMPAT hari lepas, portal berita Malaysia Today mendedahkan Mahathir Mohamad telah derma RM1...

Bayi Ada 31 Jari...

IBU bapa kepada seorang bayi dari Hunan, China memerlukan dana orang ramai bagi...

Wisma Putra Tidak Cukup...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mendedahkan Wisma Putra kini tidak...

Lebih 25,000 Mangsa Banjir...

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Selangor kini mencecah 25,259 orang...

Zahid Cuti Sakit, Perbicaraan Kes Ditangguhkan

SHAH ALAM – Perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 40 tuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) ditangguhkan walaupun Presiden UMNO itu hadir ke Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan menangguhkan perbicaraan itu memandangkan Ahmad Zahid masih berada dalam cuti sakit akibat kecederaan yang dialaminya, baru-baru ini.

“Mahkamah menerima permohonan pihak pembelaan minggu lalu yang memohon perbicaraan kes ini dilapangkan.

“Berdasarkan surat cuti sakit yang diserahkan pihak pembelaan hari ini, tertuduh mendapat kebenaran cuti sakit sehingga 4 September ini.

“Mahkamah bersetuju bahawa tertuduh kurang sihat untuk menghadiri perbicaraan. Sehubungan itu, perbicaraan kes ditangguhkan,” katanya.

Mohd Yazid turut mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Zahid atas komitmennya hadir ke mahkamah walaupun mengalami masalah kesihatan.

Terdahulu, pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan mahkamah, pihaknya bersedia meneruskan perbicaraan dengan memanggil saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memohon penangguhan sebelum menyerahkan laporan kesihatan anak guamnya.

“Hari ini, anak guam saya hadir atas inisiatifnya sendiri untuk menunjukkan bahawa beliau sangat menghormati mahkamah walaupun masih belum sembuh,” katanya.

Wan Shahruddin kemudian tidak membantah permohonan itu dan berharap komitmen yang ditunjukkan Ahmad Zahid akan berterusan pada prosiding seterusnya.


Mahkamah kemudian menetapkan 28 September, 22 Oktober, 18 hingga 19 November dan 20 hingga 24 Disember untuk menyambung perbicaraan.

Mahkamah turut mengingatkan tiada lagi penangguhan dibenarkan untuk tarikh perbicaraan baharu.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights antara Jun 2015 dan Oktober 2017 serta dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – myMetro Online

Kategori