Zahid Bidas Sikap Pemimpin DAP Campur Urusan Zakat

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit yang mencampuri urusan pengagihan zakat kepada rakyat di kawasan tersebut dibidas.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melihat perbuatan itu ‘lakonan’ oleh pemimpin DAP itu.

“Bila orang bukan Islam yang mengurus atau yang mengagih… lakonan apakah yang sedang dimainkan itu?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu di Facebooknya hari ini.

Ahmad Zahid merujuk laman Facebook Chris Lee.

Menurut Ahmad Zahid, ibadat zakat adalah khusus kepada orang Islam yang beriman kepada Allah.

“Zakat itu salah satu daripada rukun Islam…berdasarkan kepada kepercayaan kepada Allah.

“Ianya merupakan ibadat khusus yang disyariatkan…diambil daripada orang Islam dan diserah, diagih kepada orang Islam atau asnaf yang berhak,” katanya lagi.

Loading...