Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lihat Semula Keupayaan Sistem...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pulau Pinang perlu melihat semula keupayaan sistem pembetungan dan...

Proton Terima 170 Mohon...

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menerima 170 permohonan untuk...

Tun M ‘Bersama’ Pembangkang...

BLOK pembangkang melahirkan keyakinan Tun Dr Mahathir Mohamad akan ‘bersama’ mereka pada Pilihan...

Ujian Air Kencing Pegawai...

IPOH - Sampel ujian air kencing pegawai kanan polis yang ditahan berhubung kes...

Zahid Berdepan 33 Lagi Pertuduhan Baharu

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan dengan tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini akan berdepan dengan 33 lagi pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Ini menjadikan jumlah pertuduhan baru yang dihadapi Presiden UMNO itu sebanyak 40 pertuduhan berjumlah lebih RM47 juta selepas tujuh pertuduhan dikemukakan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, menjelaskan kesemua pertuduhan hari ini melibatkan S$4.2 juta.

“Ini merupakan siri pertama dalam pertuduhan hari yang mana jumlah jumlahnya yang melibatkan S$300,000 hingga ke S$1 juta.

“Manakala esok pula ada 33 lagi pertuduhan yang dikemukakan di Mahkamah Shah Alam esok dan kita serahkan kepada pihak mahkamah untuk proses selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, kehadiran beliau bersama pegawai SPRM ke mahkamah membuktikan bahawa badan berkenaan serius dalam membanteras kegiatan rasuah termasuklah pemimpin parti dan kerajaan.

Kategori