Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: United Airlines Seret...

UNITED AIRLINES menjadi tumpuan media sosial apabila satu rakamanan video memaparkan seorang penumpangnya...

Pencemaran Toksik: 3 Tertuduh...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini pagi ini membenarkan jaminan terhadap pemandu...

Program MUDA Kecoh Lagi

MUAR : Program Malam Mesra Muo anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dicemari...

Belanjawan 2021 Perlu Dilulus...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat perlu meluluskan Belanjawan 2021 bagi membolehkan kerajaan menjalankan...

Zahid Bakal Hadapi 40 Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadapi lebih 40 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan dana yayasan berjumlah RM80 juta.

Berdasarkan senarai kes mahkamah, kes bekas timbalan perdana menteri itu, akan disebut di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Ahmad Zahid, Anggota Parlimen Bagan Datuk, akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan pertuduhan pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan.

Ahmad Zahid akan diwakili oleh sepasukan peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik manakala Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, akan mengetuai pasukan pendakwaan.

Wartawan telah berkumpul di kompleks mahkamah seawal 6.30 pagi dan mereka beratur dalam dua baris untuk pendaftaran masuk bagi liputan prosiding dalam mahkamah dan bilik siaran video.


Mahkamah menyediakan 21 pas untuk wartawan tempatan dan luar negara memasuki mahkamah untuk prosiding kes itu dan 40 pas untuk wartawan di bilik siaran video. – BERNAMA

Kategori