Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

JBPM Lancar Tabung Wira...

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan Tabung Wira Merah...

Nilai Kekayaan Taikun Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kelembapan ekonomi, penularan wabak Covid-19, kelemahan ringgit dan kejatuhan FBM...

Yang Di-Pertuan Agong Rasmi...

KUALA LUMPUR - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim hari...

“Saya Mungkin ‘Zombie’ Terkacak...

MEMILIKI badan sasa persis model antarabangsa membuatkan lelaki ini 'istimewa' daripada kebanyakan individu...

Yuna Tak Kecewa Tidak Senarai Di Billboard 200

PENYANYI dan penulis lagu Yunalis Mat Zara’ai tidak berasa kecewa meskipun album baharunya yang berjudul Chapters masih lagi belum berjaya tersenarai dalam carta antarbangsa Billboard 200.

Namun penyanyi yang berusia 29 tahun ini masih lagi bersyukur kerana album berkenaan berjaya diiktiraf sebagai album genre R&B terbaik bagi tahun ini.

Yuna Tak Kecewa Tidak Senarai Di Billboard 200
Yuna

“Saya tidak pernah jangkakan berada dalam carta ini dan sangat gembira sudah menemui rentak dan tempat dalam industri ini.

“Untuk album ini disenaraikan dalam carta Billboard 200, saya tidak letak harapan tinggi kerana baru dikeluarkan pada Mei lalu dan ia akan ambil masa untuk pendengar terima album itu,” katanya kepada sebuah portal.

Antara selebriti Hollywood terkenal yang lain turut berada dalam carta itu adalah penyanyi terkemuka antarabangsa, Beyoncé dan Rihanna.


Chapters merupakan album kelima penyanyi ini yang turut menampilkan kolaberasi dengan beberapa selebriti terkenal antarabangsa antaranya Usher dan DJ Premier.

Meskipun belum tersenarai dalam carta Billboard 200, namun salah satu singlenya iaitu ‘Crush’ berduet dengan Usher pernah menduduki carta Billboard Amerika di tangga ke-18. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • yuna

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori