Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Lagi Sebulan Nak Kahwin,...

MALANG nasib seorang bakal pengantin perempuan apabila muka dan badannya melecur teruk gara-gara...

Shima Padam Foto Bertunang...

PERTENGAHAN Disember tahun lalu, pelakon 7 Petala Cinta, Shima Anuar telah mengikat tali...

AS Hantar Bantuan Senjata...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberitahu rakan sejawatnya dari Ukraine,...

Mayat Kedua Dikeluarkan Dari...

WANG KELIAN - Mayat kedua dipercayai mangsa aktiviti sindiket pemerdagangan manusia dikeluarkan daripada...

Yuna Calon E! People’s Choice Award

KUALA LUMPUR – Penyanyi Yuna terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila muncul sebagai salah seorang calon dalam E! People’s Choice Award menerusi kategori The Most Inspiring Asian Woman 2019.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai akan bersaing dengan tujuh lagi calon dari India, Thailand, Korea Selatan, Indonesia dan China.

The Most Inspiring Asian Woman 2019 adalah anugerah yang julung kalinya dipertandingkan dalam E! People’s Choice Award.

E! People’s Choice Award akan diadakan pada 11 November ini di California, Amerika Syarikat.

Antara calon yang bakal memberi saingan kepada penyanyi kelahiran Batu Gajah, Perak itu adalah pelakon Indonesia, Raline Shah; model dan pelakon Thailand, Praya Lundberg; penyanyi dan pelakon India, Alia Bhatt dan penyanyi rap Korea Selatan, CL.


Semua calon dipilih berdasarkan impak kejayaan mereka dalam mencerminkan kepelbagaian dan kebudayaan di seluruh rantau ini.

Mereka bukan sahaja terkenal dalam lapangan kerjaya masing-masing, tetapi apa yang penting turut dikenali dalam usaha dan kerja keras yang memberi kesan kepada masyarakat dan dunia secara umumnya. – Agensi

Kategori