Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Tambah Aset...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga sentiasa berusaha meningkatkan jumlah asetnya...

Kadar Rt COVID-19 Menurun...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini menurun...

12 Pasangan Kekasih Ditahan,...

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan 12 pasangan kekasih dalam Ops...

Anggota Polis Disiasat Pukul...

PUTRAJAYA – Seorang anggota polis kini disiasat ekoran dakwaan memukul seorang penunggang motosikal...

YDP Agong Teras Perpaduan Rakyat, Kesejahteraan Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja yang bukan sahaja melindungi agama, tetapi juga menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad justeru mengingatkan rakyat untuk meneruskan keluhuran kerajaan berperlembagaan di negara ini dengan memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi diraja, dan tidak sesekali melakukan penderhakaan terhadap raja-raja.

“Raja-raja Melayu itu sifatnya adalah menjaga, memelihara, melindungi kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan negara. Raja-raja Melayu diletakkan pada kedudukan yang tinggi, yang mana secara tidak langsung sebagai penjamin kepada pentadbiran Islam di Malaysia.

“Justeru mana-mana pihak hendaklah tidak bermain dengan sentimen ini kerana ia boleh menggugat struktur negara dan juga menggugat keharmonian rakyat itu sendiri.

“Dalam erti kata lain, siapa yang merendah-rendahkan institusi diraja, secara tidak langsung merendahkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan negara,” katanya ketika membacakan khutbah khas solat Jumaat di Masjid Negara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Khutbah bertajuk ‘Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Teras Perpaduan Rakyat Dan Kesejahteraan Negara’ turut mengingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara adalah ketua tertinggi Persekutuan yang mempunyai keutamaan lebih daripada orang lain, di samping kuasa yang luas dan penting dalam melaksanakan urusan kerajaan Persekutuan.


Dalam fungsi perundangan, kuasa perundangan Persekutuan terletak pada hak Parlimen yang Seri Paduka merupakan satu daripada unsur Parlimen, selain penglibatan kuasa baginda adalah termasuk fungsi eksekutif, perundangan, ketenteraan, keagamaan, diplomatik, kuasa pengampunan dan sumber penghormatan serta kebesaran.

Syaikh Ismail berkata keluhuran undang-undang dan prinsip keadilan adalah satu aspek ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang perlu dijaga agar tidak ada ruang bagi kelompok ekstrim mendominasi pandangan awam sehingga menatijahkan masyarakat yang tidak bersatu, tidak bertolak ansur, tidak menghormati undang-undang sekali gus memberi kesan pada pembinaan kerangka negara.

“Ingatlah, musuh-musuh agama itu sentiasa mengintai peluang untuk menabur racun perpecahan dan menyemarakkan api kebencian yang mampu merungkaikan ikatan perpaduan dan kesatuan kita yang sentiasa berpaksi pada kekuatan iman dan kesejahteraan hati yang lapang.

“Sesungguhnya, menjaga keharmonian dan mengikat erat tali perpaduan ini, adalah tanggungjawab kita bersama dan ia merupakan sebahagian rasa syukur kepada Allah Taala terhadap nikmat keamanan ini,” katanya.

Kategori