YDP Agong Solat Jumaat Di Masjid Putra

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini.

Seri Paduka, yang berpakaian lengkap berbaju Melayu berwarna hijau muda, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.20 tengah hari, disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Seri Paduka kemudiannya menyertai ribuan jemaah menghadiri solat Jumaat yang diimamkan Timbalan Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Lukman Mohd Hosni.

Lukman dalam khutbahnya, menyentuh mengenai isu kelestarian dalam pengurusan alam sekitar.

Beliau turut mengingatkan sidang Jumaat mengenai pentingnya menjaga kesihatan terutama ketika kebanyakan kawasan di negara ini sedang menghadapi cuaca panas termasuk di Putrajaya.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka bersalaman dengan jemaah.

Loading...